Di sini saya kongsikan bicarahati2 Asmaulhusna yang diilhamkan oleh Allah Ya 'Alim Ya Hakim Ya Rosyid bimbingan Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq.
*Ya 'Afuww maafkan huruf kecil huruf besar yg tak sempat nak edit
Bicarahati 91: Bunga
Bismillahirrahmannirahim…dengan nama Allah Ya Rahman Ya Rahim yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang….
Allahhumma ya Khaliq ..indahnya ciptaaMu ..dengan berbagai rupa dan bentuk ya Mussowwir ya azizz.Allahumma ya bari’ engkau menyusun pokok-pokok dengan cantik sekali..maka engkau susunlah cara kehidupanku dengan baik.Allahumma ya fatah engkau membuka kelopak bunga dengan berbagai kaedah ya hakim ya raqib…allahumma hafiz ya muhaimin..pokok –pokok hidup ya hayyun ya qayum dengan baik ya mutaawali…Allahumma ya baith ya baqi ‘ pokok-pokok hidup ya hayyun ya baqi…dengan baik dengan berbagai-bagai warna ya alim ,ya hakim dan ya basir…maka engkau ya Allah ya raqib ya sami’ jadikanlah aku hamba sentiasa melihat kehebatan kejadian Mu ya azim ya basir ya qabith.
Bicarahati 92: Kitaran hidup rama2
Bicarahati 93: Kawanan burung2
Allahumma Ya Hamid yang Maha Terpuji, Engkau layak dipuja dan dipuji kerana Engkau Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim telah mengurniakan pelbagai kurniaan buatku sepanjang hidupku
Engkau Ya Barr mengurniakanku keluarga,rumah kediaman,kenderaan,sahabat handai dan jiran tetangga yg baik
Nikmat yg paling daku syukuri adalah nikmat Iman,Islam dan Ehsan
Bicarahati 94: Lobak
Ya Allah Ya Hamid Ya Musowwir Ya Naafi',sebagaimana kreatif dan banyaknya manfaat yang kau berikan pada lobak ini,kurniakan juga fikiran yang kreatif kepadaku agar dapat memberi manfaat dan berbakti di bumi ini.
Bicarahati 95: Lautan
Ya Khaliq Ya Raafi Ya Aziim yang mencipta lautan biru ini. Sungguh sempurna ciptaanMu Ya Qawiy Ya Maatin hingga ombak itu tunduk patuh dengan aturan tugas yang kau aturkan Ya Maalikul Mulk. Ya Rasyiid Ya Qaadir Kau alirkan kebijaksanaan, kekuatan dan keberanianMu pada hambaMu hingga dia mampu bermain luncur di atas ombakMu Ya Qadir Ya Muqtadir. Sesungguhnya Engkau Penguasa alam ini Ya Hafiz, Ya Ally Ya Malik
Bicarahati 96: Pohon2

Ya Allah, Ya Muhyii
Kau lah yang menghidupkan segala sesuatu yg berhak utk hidup. Aku bersyukur atas rahmat kurniaan pohon-pohon di alam ini yg membekalkan oksigen dan menjadi sumber makanan.
Bicarahati 97: Langit di waktu senja
Ya Allah ya Hamid, dengan segala pujian yang ada di langit mahupun di bumi, Sungguh Engkau Ya Allah maha berkuasa mencipakan langit yang tersergam indah pada mata hamba yang hina ini melihat. Terima kasih YaAllah kami diberi kurniaan nikmatmu yang terlalu cantik untuk pandangan kami. Sungguh Nikmat ciptaan mu adalah infiniti, segala kecantikan yang ada didalamnya dan segala puji Hanaya bagi Engkau Ya Hamid. Ampuni Dosa-dosa kami jika kami selalu lalai untuk memuji ciptaan Mu, Memuji pinjaman yang telah Engkau kurniakan kepada Kami. Sungguh tak terbalas oleh kudrat kami atas segala kurniaanmu. Engkau telah menciptakan langit yang sungguh cantik, matahari yang menyinari hidup kami, gunung-ganang yang cukup sempurna dan makhluk di bumi yang cukup cantik dengan kurniaan anggota badan dan segala puji-pujian hanya bagiMu Ya Allah. Jadikan kami hambamu yang senantiasa memuji-muji kebesaranMu Ya Rahman. Engkaulah pemilik segala kerajaan di bumi ini. Sungguh tiada yang lebih Layak dipuji melainkan Engkau Ya Hamid.
Bicarahati 98: Bunga ros atau tumbuhan
Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Aziz, Tuhan yang Maha Penyayang, Maha Perkasa dan Maha Pengasih kepada semua makhluknya, Ya Allah Ya Mutakabbir, yang memiliki segala kebesaran, Ya Allah Ya Khaliq mencipta bunga ros @ tumbuhan yang cantik serta memberi menafaat kepada makhluk lain seperti serangga untuk menikmati madu yg ada pada bunga Ya Allah Ya Baari yang maha mengurus kehidupan bunga dan tumbuhan .. mengeluarkan oksigen yg diperlukan oleh manusia serta menggunakan karbon dioksida yg dihasilkan oleh manusia, Ya Allah Ya Musowwir, Ya Alim, Ya Adzim, Ya Kabir
Bicarahati 99: Awan dan langit biru
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau menciptakan langit dan bumi kerana kasih sayangmu pada hambaMu. Sesungguhnya tiada cinta Ya Wadud seagung cintaMu Ya 'Adzim
.
.
Ya Allah, sungguh indah ciptaanMu Ya Kholiq Ya Badi', yang menyusun dengan indah awan di langit biru Ya Musowwir
.
.
Ya Allah Ya Matin Ya 'Aliy Ya Roofi, Engkau meneguhkan langit dan awan, sehingga ia kekal teguh tanpa tiang, Engkaulah Ya Roofi yang menaikkan matahari dan Engkaulah Ya Nuur yang memberikan cahaya kepadanya sehingga kami mampu melihat Ya Basir keindahan yang Engkau Ya Kholiq Ya Quddus ciptakan...
Bicarahati 100: Rama-rama
Ya Rahman..Ya Rahim.. Engkaulah Ya Muhyi yang menghidupkan rama².
Engkau Ya Mumit Ya Qudus Ya Jalil yang mentafsirkan bunga dimata rama².Engkau Ya Ally yang menerbangkan rama² dan Engkau jua Ya Wally yang melindungi rama² dari jatuh
Bicarahati 101: Jalan yang lurus
Allah Ya Nur Ya Haadi Ya Haq, seperti mana jalan raya ini lurus ke depan, berilah daku cahaya petunjuk kebenaran dan pimpinlah daku agar daku sentiasa berada di jalan yang lurus dan benar. Aamiin.
Bicarahati 102: Alam sekitar
SubhaAllah Walhamdulillah Walailla Ha Illalah. Ya Kholiq Yang Maha Mencipta langit yang cerah Yang Maha Mengatur Ya Baari’ semua yang indah terbentang di depan mata hambaMu ini. Yang Maha Kreatif Ya Musawwir. Sungguh indah ciptaanMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Ya Maha Membangunkan dan Mematikan tiada kata yang dapat kupanjatkan selain kesyukuran kerana dapat diberikan kesempatan pagi ini untuk menghirup udara Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Ya Waasi Yang Meluaskan bumi seluas luasnya, lebih luas dari pemandangan mata dengan dayaNya.
Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin Yang Maha Perkasa Maha Kuat lagi Maha Teguh, dengan kekuatanMu juga dijadikan indah bumi ini.
Ya Allah Ya Syakur tiada lafaz yang mampu hambaMu lafazkan setanding dengan nikmat Mu ini, Ya Afuw Ya Ghofar Ya Tawwab ampuni dan terima taubatku di atas segal dosa yang perbuat selama ini
Ya Baqi Ya Hamid, Ya Allah kekalkan diriku sentiasa menyebut2 dan memuji2 Mu setiap saat degup jantungku ini
Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid Ya Allah bimbinglah daku dan didiklah hambamu ini untuk membuang segala sifat keegoan diri kerana diri ini banyak dosa serta kurang melafazkan kesyukuran kepadaMu
La haw lah walah quwata illa billa hil aliyul azim
Bicarahati 103: Pantai

Subhannallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahuakhabar. Allahuma Ya Badi' ciptaan Mu yang paling terindah di seluruh alam. Pantai ciptaan Mu yang indah Ya Naafi sesungguhnya setiap kejadian Mu memberi manfaat kepada setiap yang lain. Allahuma Ya Wakil yang menguruskan setiap saat pergerakan ombak dilautan & di pantai. Allah Ya Hafiz menjaga setiap cuaca di langit, di bumi, tiupan angin di pantai. Engkau lah Ya Mutakabbir yang Maha memiliki segala kebesaran bumi dan planet ciptaan Mu Ya Kabir. Setiap kali melihat keindahan pantai Mu yang aman Ya Mukmin yang memiliki setiap ketenangan Ya Malik.
Bicarahati 104: Siang dan malam

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Allah Maha Pengasih Maha Penyayang, Ya Allah nikmat mu maha luas Ya Allah, Ya Allah Ya Malik yang memiliki seluruh alam ini, Ya Allah ya Khaliq yang Mencipta malam dan berganti dengan siang. Ya Allah ku bersyukur kepada mu Ya Allah dapat melihat kehebatan dan kekuasaan mu Ya Allah. Ya Allah ampun kan dosa ku Ya Allah, Allah Ya Nur Ya Hadi bagi lah ku petunjuk supaya aku tidak sesat dan terus dapat memuji mu ya Allah
Bicarahati 105: Pokok teratai
Proses hidup dan mekarnya pokok teratai
Pokok teratai yang tumbuh terapung didalam air yg berlumpur bukti kebesaran Allah ya kabir, ya mutakabbir yang maha besar lagi dibesar besarkan.teratai yang berada diatas air dinaikkan oleh Allah ya rafiq, dan diseimbangkan oleh allah ya muqit yang mencukupka segalanya yang membolehkan teratai seimbang duduk dipermukaan air seterusnya tidak akan tenggelam di dalam air.
Kejadian teratai yang tumbuh di dalam air yang kotor namun berkembang menjadi bunga yang cantik dan indah bukti kekuasaan Allah ya kabir ya mutakabbir, ya muhyii yang memberi kehidupan, ya badi' yang memberi kecantikan kerana kasih sayangnya ya rahman ya rahim ya wadud membuatkan teratai tidak terkesan dengan persekitaran yang kotor terhadap dirinya kerana di jaga allah ya hafiz ya maniq yang mencegah. malahan mampu tumbuh sebagai bunga yang cantik dengan kuasa allah ya malikal mulk, ya dzaljalaliwalikram.
Allah ya razzaq ya salam memberikan rezeki biji teratai boleh di makan dan juga boleh dibuat ubat.
Mengambil ibrah teratai, sesungguhnya setiap perkara sudah ditentukan allah ya qadir ya muqtaddir, walau buruk permulaan seperti teratai yang hidup di dalam air lumpur yakinla allah ya wadud sayang makhluknya kerana Allah ya alim, ya hakim ya rashid tahu apa yang terbaik untuk makhluknya seperti bunga teratai cantik yang di ciptakan oleh allah ya khaliq , ya badi' ya musawwir yang tersendiri kejadian kecantikannya.sesungguhnya ujian dari allah adzim memanggil manusia kembali ke dakapan Allah ya wadud ya rahman ya rahim dengan lebih erat.
Proses bunga teratai yang berkembang secara berperingkat dari ada kepada tiada dicipta oleh allah ya khaliq, ya awwal.begitula juga sama seperti manusia dari bayi, kepada kanak kanak remaja dewasa dan tua seterusnya kita akan mati dan akhirnya bertemu allah ya wahid, ya ahad ya somad.
Ustazah can we answer tugasan in english actually I'm a filipino my bahasa malaysia not that good, or I just attend your classes without making any tugasan moreover, i'm a concert still on the process of learning, hooefully you understand😕😓
ReplyDeleteConvert
ReplyDelete