Friday, 17 July 2020

Bicarahati memuji Allah dgn 99 Asmaulhusna bhg 6

Assalamualaikum wbt, 

Di sini saya kongsikan bicarahati2 Asmaulhusna yang diilhamkan oleh Allah Ya 'Alim Ya Hakim Ya Rosyid bimbingan Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq.

*Ya 'Afuww maafkan huruf kecil huruf besar yg tak sempat nak edit


Bicarahati 76: Kren


Ya Allah Ya 'Alim Ya Kholiq Ya Musowwir Ya Roshid yg telah menyalurkan idea utk mencipta kren bg memudahkan utk membina bangunan yg bertingkat tinggi.Ya Muqsit yg memberi keseimbangan kpd kren tersebut utk tegak kukuh di atas bangunan yg paling atas.Ya Baarik Ya Roqib yg telah mengatur dan mengawasi kren itu bg menyempurnakan pembinaan bangunan tersebut sehingga siap dibina dgn sempurna Ya Malik Ya Muqit Ya Jalil


Bicarahati 77: Kucing


Ya khaliq, tanda kebesaran Allah ya khabir ya mutakabbir melalui makhluk ciptaanmu kucing ini ciptaanmu. Ya badi, ya latif bulu nya yg cantik dan lembut. Ya musawir bentuk ekornya bermacam panjang dan pendek, warnanya juga beda-beda hitam dan putih. Ya baari, ya matin digerakkan bisa berjalan dengan karuniamu yg kuat. Ya Allah Ya Qodir Ya Muqtadir dengan sempurna mengikuti semua kehendakmu..


Bicarahati 78: Suasana ketika dapat gaji

Ya Allah Ya Rahman sesungguhnya engkau maha pemurah. Engkau tetap memberi walau daku lalai dan lupa kepadamu. Kurniaanmu pada diri ini melimpah ruah tidak terhingga, sedangkan amalanku terlalu sedikit dan dosaku terlalu banyak. Ya Allah Ya Rahman, Jadikanku  hamba yang pemurah dengan orang-orang sekelilingku agar daku dapat menunaikan amanahmu. Ya Malik, wang ringgit yg ada padaku ini milikmu, Engkau memberi dan Engkau mampu mengambilnya kembali. Daku hamba yang fakir tiada memiliki apa pun, semuanya meminjam darimu dan pinjaman itu ialah amanahmu yg akan dipersoal kelak. Ya Allah Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, bimbinglah daku dengan cahaya petunjuk dan cahaya makrifatmu agar daku dapat menggunakan segala amanah dan pinjaman milikmu ini di atas jalanmu Ya Rahman Ya Rahim.


Bicarahati 79: Ayah

Allah Ya Fattah telah membuka jalan dan memberi idea utk saya memuji kebesaranNya Allah Ya Kabir Ya Mutakabir melalui lelaki yg dipanggil ayah.
Ayah menjalani pembedahan otak akibat dari kemalangan ciptaanMu ya Kholiq pd usia 73 tahun kerana kasih sayangMu kepadanya Ya Rahman Ya Rahim. Doktor tidak beri sebrg jaminan. Namun Allah Ya Salam telah menyembuhkan ayah. Sehingga saat ini dlm usia 78 tahun Allah Ya Qawiy Ya Matin memberi kesihatan dan kekuatan pd ayah. Sesungguhnya Engkaulah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid yg telah meminjamkan ilmu dan kepakaran kpd doktor yg membedah ayah.
Allah Ya Wahid Ya Ahad Ya Somad Engkaulah Yang Maha Tunggal Maha Esa dan kami hanyalah makhluk yg sentiasa bergantung harap kepadaMu.

La Hawla Wala Quwwata Ilah Billah Allah Ya Quddus Ya Malik Ya Malikalmulk. Apa yg ada pd kami adalah milikMu Penguasa seluruh alam.

Bicarahati 80: Kucing

Kucing adalah ciptaan ya Kholiq yang dihidupkan oleh ya Muhyi. Dicipta pelbagai jenis ya Musowwir dan rupa yang cantik oleh ya Badii'. Kucing mempunyai mata yang mampu melihat walau pun didalam gelap oleh ya Basiir. Dengan kekuatan Allah ya Aziz y Qowiy ya Matin kuching boleh memanjat pokok dan melompat untuk menangkap mangsanya.Allah ya Muhaimin melindungi kucing dari kesejukan dengan bulubulu yang lembut dan cantik kurniaan Mu ya Latif ya Badii'.Allah ya Barii' mengatur kucing tidur waktu malam.Dengan kurniaan sifat yaRahman yaRohim engkau kurniakan manusia rasa sayang kepada kucing.Hebatnya Mu ya 'Aliyy ya Muta'aliyy ya Kabir Mutakabbir.


Bicarahati 81: Malam dan siang

Di Sebalik Pertukaran Malam Dan Siang

Alhamdulillah Allahumma ya Hamid ya Rahman Ya Rahim ya Maliq pemilik sekelian alam dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak di sembah melainkan Laillahaillah Allahumma ya Ahad


Bicarahati 82: Dalam situasi keadaan wabak covid 19 ini, adalah amat membimbangkan untuk menggunakan pengangkutan awam. Salah seorang ahli keluarga perlu menggunakan pengangkutan awam dan merisaukan ahli keluarga.

Ya Allah, Ya Baari' yang maha mengatur. Sesungguhnya Engkau telah mengatur perjalanan ini. Ya Allah, Ya Hafiz, Ya Muhaimin, lindungi dan peliharalah daripada segala musibah. Ya Allah, Ya Qowiy, Engkau yang memberikan kekuatan, berikanlah kekuatan kepas tubuh badan dalam melawan segala virus dan penyakit yang berbahaya. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Halim, Ya Latif, kurniakan kasih sayang kepada kami adik beradik agar kami sentiasa menyayangi antara satu sama lain.


Bicarahati 83: Bunga

.Ya ALLAH ya kholiq, ya baari' ,ya Musowwir engkau yg menciptakan,yang menata dan memberi bentuk dan rupa.sehingga bunga ini indah di pandang ya Badi'.indahkanlah sifat ahlak kami untuk taat kepadaMU.


Bicarahati 84: Air sungai dengan dengan adanya hidupan lain (e.g. ikan)


YA ALLAH YA KHOOLIQ YA MUSOWWIR, Demi Allah sempurnanya dan kreatifnya ciptaanMu terhadap air sungai yang indah ini; dengan airnya berwarna kuning kehijauan bersama hidupan laut yang ada didalam sungai ini. Air sungai yang mengalir ini bukan sahaja memberikan banyak manfaat dan faedah kepada manusia, tetapi juga kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang ada disekitarnya. Ini menunjukkan sifatMu Yang Maha Agung Ya Allah YA ROHMAN YA ROHEEM. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada sekalian makhlukmu di dunia ini. Ini adalah kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang kami tidak ketahui betapa petingnya air untuk mewujudkan ekosistem alam yang lengkap dan saling memerlukan. Ya Allah Engkau telah mengaturkan semua kejadian ini dengan baik sekali iaitu bagaimana air berfungsi untuk haiwan dan manusia dan bagaimana mereka saling melengkapi satu sama lain, Kejadian yang indah ini bersesuaian dengan sifatMu YA BAARI Yang Maha Mengatur dengan sempurna YA MUTAKKABIR. Ya Allah. Jadikanlah kejadian air sungai ini dapat membuka hati dan minda kami supaya kami dapat meningkatkan ketaatan dan kehambaan kami kepadaMu Ya Allah. Kami sedar bahawa Engkaulah Maha Pencipta dan memiliki segala kebesaran YA KHOOLIQ, YA MALIKUL YA MULK, YA MUTAKHABIR, Engkaulah pemilik segala sesuatu di alam buana. Segala ciptaanMu yang indah ini hanya Engkau ciptakan semata-mata untuk mentaatiMu dan membesarkanMu Ya Allah.


Bicarahati 85: Matahari


Ya Allah Ya Kholiq Ya Malik Ya Badi' Ya Quddus mencipta pantai yang indah milikMu dan sempurna kejadiannya. Ya Wakil Ya Waliy maha mentadbir dan mengurus alam ciptaanMu iaitu pantai. Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid Ya Musowwir hanya engkaulah yang memiliki kebijaksanaan dan berilmu dengan merekabentuk pantai yang mempunyai pasir yang halus, pokok-pokok yang sentiasa memujiMu, air laut yang masin tetapi Ya Muhyi Ya Ba'its hidupan di dalamnya dapat hidup kerana kekuasaanMu dan aturanMu Ya Baari'. Pantai ciptaanMu Ya Ghoniy kaya dengan sumber untuk dipinjam oleh makhluk ciptaanMu. Ya Qadir engkau bekehendak mencipta pantai Ya Kabir Ya Waasi' yang luas dan besar serta Ya Qowiy Ya Matin kuat dan teguh. Engkaulah Ya Muhaimin Ya Hafiz menjaga dan memelihara pantai ini dari pencemaran oleh makhlukMu. Dengan keindahan pantai ciptaanMu kau berilah hambaMu ini Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq pancaran cahaya petunjuk hidayah dan kebenaranMu ke dalam hatiku agar sentiasa menginsafi diri dari karat dosa. Ya Allah Ya Wadud Ya Majid Amin Ya Mujib.


Bicarahati 86: Bunga


Segala puji pujian bagi Allah Ya Khalik yg menciptakan bunga. Ya Baari' Ya Musowwir Ya Badi Ya Muhyi, bunga bunga ini engkau ciptakan untuk menandakan kehebatan dan kekuasaanmu, engkau mengindahkan dan menghidupkan bunga bunga ini. Sungguh sempurna ciptaan mau Ya Quddus.


Bicarahati 87: Ikan-ikan di lautan


Sesungguhnya engkaulah ya Rahman ya Rahim ya Hamid ya Syakur yang layak dipuja puji atas segala nikmat ciptaanMu dan segala kurniaan rezekiMu yang melimpah-ruah tidak mampu kami menghitungnya melainkan MU Ya Muhsyi. Engkaulah ya Ghoniy ya Mughniy dengan memiliki seluruh khazanah kekayaan di 7 petala langit ,lautan dan i bumi seluruhnya.


Bicarahati 88: Sepasang mata


Allahuma Ya Kholiq Ya Azim Ya Hamid hebatnya pancaindera sepasang mata ciptaanMu.Allahuma Ya Kabir Ya Hamid anugerahkan mata untuk melihat keindahan ciptaan2 Mu Ya Badi’. Betapa uniknya ciptaan mata Ya Kholiq dengan pelbagai fungsi . Ya Bashir, engkau maha melihat, pandanglah kami dengan kasih sayang Ya Rahman Ya Rahim Ya Kareem. Allahuma Ya Hafiz Ya Muhaimin peliharalah mata kami dari memandang perkara2 yg membawa dosa.Allahuma Ya Bashir Ya Ghafar Ya Tawwab jadikanlah mata kami sentiasa menangis utk bertaubat pdMu dan mata yg senantiasa membaca Al Quran.


Bicarahati 89: Gunung Kinabalu


Laluan pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula Sabtu ini | Astro Awani

Bismillahnirrahmannirrahim.. Ya Rahim Ya Rahman Allahumma Ya kholiq.Yang Telah Menciptkan Gunung Kinabalu yang Tertinggi diAsia Oleh Ya Aliy Ya Muta'ali Ya qowiy Ya Matin dgn ketinggian4.095.dan direka bentuk oleh Ya Musowwari Ya Kabir Ya Mutakabir dgn view yg indah Ya Badi. Ya Adzim tundukan lah kami semu kpd mu dgn mengagung agungkan mu..


Bicarahati 90: Kapal


Allahumma Ya Qawiy, Ya Hakim, Ya Muqsit sebagaimana Engkau berikan kebijaksanaan kepada hambaMu untuk mencipta kapal ini dan Engkau berikan kekuatan kepada angin untuk menggerakkan kapal ini serta keseimbangan dan daya kepada besi utk mengapungkan kapal ini, aku bermohon kepada mu Ya Allah, kurniakan sifat ini kepadaku supaya aku sentiasa dapat membezakan kebaikan dan keburukan dan berikanlah kekuatan untuk aku istiqamah dalam melakukan amalan yang diredhai oleh mu Ya Allah.



No comments:

Post a Comment