Di sini saya kongsikan bicarahati2 Asmaulhusna yang diilhamkan oleh Allah Ya 'Alim Ya Hakim Ya Rosyid bimbingan Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq.
Soalan untuk bicarahati ni ialah, pilih 1 objek atau kejadian ciptaan Ya Kholiq, dan bina bicarahati membesar2kan Allah Ya Kabir Ya Mutakabbir.
*Ya 'Afuww maafkan huruf kecil huruf besar yg tak sempat nak edit
Jawapan 1: Hujan
Ya Allah Ya Kabir Ya Mutakabbir, Sesungguhnya Engkau Maha Besar dan Memiliki Kebesaran, daku hambaMu yang kerdil, datang membesarkanMu. Sesungguhnya segala yang berada di langit dan di bumi adalah milikMu, hatta daku juga adalah milikMu, ibu bapaku adalah milikMu, rakan-rakan ku adalah milikMu, segala apa yang ada pada tubuh badanku adalah milikMu semuanya Ya Allah. Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah Ya Fattah Ya Razzaq ,sesungguhnya nikmat yang Engkau anugerahkan, udara yang daku sedut, bumi yang teguh tempat daku berpijak, matahari yang sentiasa bersinar memberikan tenaga cahaya, buah-buahan yang lazat, wang ringgit yang Engkau berikan dan kemudahan-kemudahan yang telah Engkau sediakan buat daku yang seharusnya daku gunakan untuk beribadat kepadaMu, menjadi hambaMu yang taat, semuanya milikMu dan hakMu semata-mata Ya Rabb.
Jawapan 2: Air terjun

Jawapan 2: Air terjun
Ya Allah ya Rahman ya Rahim sesungguhnya kau maha pengasih lagi maha penyayang. Kau wujudkan air terjun sebagai tanda kasih sayangmu. Allah ya Zahir ya Muhyi kau tunjukkan kekuasaanmu dengan wujudnya alam yang indah dan kau hidupkan aliran air terjun di mana terbitnya formula fizik dan matematik mengenai daya dan ketumpatan. Allah ya Salaam membuatkan sesiapa sahaja yang berada di kawasan air terjun ini berasa sejahtera dan tenang. Allah ya Sami' ya Basir membuatkan kami mendengar siulan unggas dan desiran air dan dapat melihat kehijauan alam serta menikmati keindahan alam ciptaan Illahi. Allah ya Batin menyembunyikan dari mata zahir kita bahawa di sebalik kejadian turunnya airnya terjun terdapat formula kimia iaitu terhasil ion-ion negatif yang membawa kepada keharmonian dari Allah ya Muqsit. Terima Kasih Allah ya Syakur mengajar kami hambamu bersyukur dengan kurniaanmu ini kerana Allah ya Badi' ya Musowwir menghasilkan ciptaan yang maha indah dan sangat kreatif di mata kami.
Jawapan 3: Hutan
Ya Rahman ya rahim yang amat pengasih lagi maha penyayang ampunkan dosa2 kami Ya Ghaffar Ya Ghofur dgn rahman dan Rahim mu....angkatlah diri kami dlm rahmat dan kasih sayangmu...Ya Salaam Ya Mukmin damaikan dan suburkanlah hati dan jiwa kami yg selalu lalai dengan rahman dan Rahim mu ya wadud....tidaklah engkau memerlukan kami....ya bari....kami hamba yg amat perlukan mu YA Somad.....bantulah kami Ya Wahhab, ya ghafur, ampunkan kami ya affu, ya zaljalali wal ikram.....
Jawapan 4: Tebuan
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud, sesungguhnya Engkaulah Dzat Yang Maha Pemurah Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Mencintai hamba2Mu dialam buana ini. Sebagaimana Engkau ciptakan tebuan tanah yang cantik, menarik hati ketika dipandang dengan mata zahir, rasa mahu didekati untuk menikmati keindahannya, pada hal hakikatnya apabila disentuh, ia teramat agresif, menyengat, memanah bisa racun kepada sesiapa sahaja mangsanya. Maka Ya Allah kami memohon kepadaMu Ya Salam Ya Mukmin Ya Badi', Engkau cantikkan dan sihatkan tubuh badan jasad kami, tetapi Engkau cantikkanlah lagi roh dan akhlaq kami sebagaimana Engkau cantikkan roh dan akhlaq kekasihMu Rasulullahi S.W.A. agar roh dan jasad kami seiring bertaut denganMu buat selama2nya.
Jawapan 5: Persekolahan pra-sekolah
Ya Wakil Ya Baari' sesungguhnya engkau maha mengurus dan mengatur yang terbaik buat hamba- hambamu.
Ya Hamid Ya zal Jalaali Wal ikraam
Syukur kepadamu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan , persekolahan prasekolah di dalam norma baharu murid lebih terkawal dan bersedia untuk belajar.
Jawapan 6: Peristiwa kematian seorang sahabat
Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Hafiz telah memberi panduan otak saya utk menaip kisah ini.
Semalam peristiwa kehilangan seorang kawan yg telah menyentuh hati saya.Hanya Allah Ya Muhyi Dan Allah Ya Mumit YG dapat menghidupkan Dan mematikan.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Barr Allah Yang Maha Pengasih Yang Maha penyanyang Dan Allah YG Maha Baik telah memberi pertolongan keatas ahli keluarga Dr sebesar2 perkara sehinggalah ke sekecil2 urusan dapat Di selesaikan dengan cpt Dan mudah.
Allah Ya Waliy Ya Muqaddim telah menguruskan Dan mempercepatkannya.
Allah Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin telah memberi kekuatan Dr segi mental Dan fizikal kepada ahli keluarga Di saat itu.Allah Ya Salaam telah memberi rasa sejahtera Dan selamat Di Kala kedukaan. Ya Allah Ya Jaami Ya Baari Ya Wahhab telah mengumpul pertolongan Dan Ya Baaqi Ya Jaami' mengekalkan perhubungan diantara hari2 Kami. Ya Allah Ya Ghaffar Ya Affuw YA Jalil Ya Allah maafkanlah ampunilah dia. Moga Allah Ya Baasit melapangkan kuburnya Dan melapangkan juga hati insan YG ditinggalkan.
Sesungguhnya Allah Ya Dzuljalali wal Ikram Dia Yang Maha Agung Lagi Maha Memberi Kasih Sayang.
Hanya Allah Ya Hayyu Ya Mumit.Sesungguhnya sesuatu ITU terjadi dengan zatMu Allah Ya Qadir
Jawapan 7: Suasan nyaman
Bismillah.. Allahumma Ya Karim Ya Karim Ya Karim, Engkaulah yg Maha Mulia, muliakan kami di sisi Mu dgn kurniaan Mu yg agung agar kami sentiasa dlm redha Mu ketika hidup dan mati kami.
Syukur Ya Allah Ya Karim Ya Muhyi memberikan kami nafas utk menghirup udara hari ini agar kami masih bernyawa sehingga kini utk terus tunduk beribadah kpd Mu.
Syukur Ya Allah Ya Karim Ya Qahhar memberikan kami daya utk tunduk sujud dan rukuk kpd Mu setiap hari agar kami dpt menundukkan nafsu kami ke arah dunia semata mata.
Syukur Ya Allah Ya Fatah yg membuka hidayah buat kami utk terus taat dan patuh sbg hambaMu yg doif , kerdil , jahil lg tiada daya apa apa pun.
Syukur Ya Allah Ya Qowiy Ya Matin yg mengurniakan kami secebis kekuatan pd tubuh ini utk beramal soleh tanpa kami meminta kpd Mu.
Syukur Ya Allah Ya Karim Ya Syakur jdkan kami hambaMu yg sentiasa menghargai dgn menyebut2 Nama2Mu, Ya Kareem Ya Hamid yg memuji2 Nama2 Mu yg sentiasa basah di lidah kami tanpa jemu ke akhir hayat kami..
Jawapan 8: Pokok

Allahumma Ya Kholiq, Engkaulah Yang Maha Mencipta pokok ini, kami menggunakannya sebagai alatMu untuk kami menikmati kehebatan ciptaanMu. Allahumma Ya Muhyi, pokok ini dihidupkan olehmMu dan ditegakkan olehMu Ya Matin, akar dicengkam olehMu Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin. Ya ‘Aliy Ya Muta’aliy Engkaulah Yang Maha Tinggi dan memiliki segala ketinggian, angkatlah darjat kami disisiMu seperti mana Engkau meninggikan pokok-pokok ini. Allahumma Ya Badi’, Yang Maha Mencipta Keindahan, cantikkanlah budi pekerti kami sebagaimana cantiknya alam ciptaanMu ini. Allahumma Ya Latif Engkaulah Yang Maha Lembut, lembutkanlah hati kami seperti mana Engkau lembutkan daun-daun pokok ini.
Jawapan 9: Lautan
LAUTAN (ketenangan)
Ya Salaam Yang Maha Memberi Ketenangan
Ya Allah ya Salaam, Engkau memberi ketenangan kepada air lautan ini, ketenangan jiwa dan fikiran kami yang kusut ini.
(menghayati kesempurnaan Allah Ya Salaam)
Ya Allah Ya Hamid Yang Maha Terpuji yang Engkau kurniakan sifat terpuji melalui makhlukMu.
Jawapan 10: Kolam
Allahumma Ya Hakim, Ya Raqib, ALLAH yang maha bijaksana dan maha peneliti. Engkau telah menciptakan makhluk manusia dengan pelbagai minat dan kebolehan. Betapa dengan minat yang mendalam, telah membawa manusia untuk mengkaji, meneliti seterusnya mencuba perkara-perkara baru dalam hidup mereka dengan dayaMu ya 'Aziz Ya Qowiy ya Matin.
Kolam ini dengan ilham, kudrat dan iradat dariMu Ya Qodir Ya Muqtadir dibina dengan tulang empat kerat iaitu hanya dengan menggunakan parang dan cangkul. Tidak melibatkan alat yang digerakkan dengan jentera yang menggunakan enjin petrol atau elektrik. Kalaulah bukan Engkau yang mengalirkan daya kekuatanMu Ya Matin, nescaya tidaklah mampu hambaMU mengorek walau sebuah lubang yang kecil sekalipun.
Allahumma Ya Awwal, Ya Akhir, daripada tanah yang dipenuhi dengan rumput seluas lima kaki lebar dan sepuluh kaki panjang dan telah digali dengan kedalaman yang berbeza daripada satu kaki hingga ke tiga kaki, hambaMu ini telah mengambil masa empat hari untuk menyiapkannya.
Sedangkan Engkau Ya Quddus yang maha suci, Ya Malik yang maha memiliki Ya Aziz yang maha berkuasa, telah menciptakan alam ini hanyalah dalam enam masa. dalam keadaan penciptaan itu tidak memerlukan sebarang campurtangan unsur-unsur lain melainkan Diri Engkau sendiri.
Setelah terbinanya kolam itu, Ya Baari' yang maha perancang, Ya Musowwir yang maha pembentuk, Engkau mengurniakan lagi keizinan kepada hambaMu ini mengisi ke dalam kolam itu dengan air yang bersih dan dilepaskan beberapa spesis ikan. Untuk memastikan ikan-ikan itu hidup, Allah ya Muhyi yang maha Hidup telah memberikan ilmuNYA Ya Alim, oksigen perlu dibekalkan. Lalu hambaMu memasang sebuah pam dan membina sistem penapis, supaya ikan itu dapat bekalan air yang akan selayaknya utk kehidupan ikan. Begitulah Engkau Ya Muqit, mencukupkan keperluan makhlukMu.
Akhirnya melalui ilmuMu Allah Ya Alim, memberikan ilham untk meletakkan berbagai jenis pokok yng berbagai bentuk, saiz dan warna, kurniaan kreativitiMu Ya Musowwir bagi menerbitkan suasana yang tenang dan mendamaikan Ya Salaam. Allahumma ya Zohir, Engkau mengzahirkan kepada hambaMu warna dan bentuk yang menarik pada pandangan mata kami. Namun di sebaliknya Engkau Ya Batin menyembunyikan daripada pandangan mata di mana melalui dedaun berwarna hijau, ia menjalankan proses fotosintesis. Fotosintes adalah proses membina makanan dariMu Ya Razzaq dengan kehadiran cahaya matahari dan gas karbon dioksida. Di samping makanan untuk keperluan pokok-pokok itu sendiri, terhasilnya juga gas oksigen yang digunakan oleh manusia dan lain-lain untuk pernafasan mereka. Inilah rantaian makanan yang Engkau Ya Kholiq ciptakan buat hambaMu mengambil menafaat tetapi tidak dapat melihat proses penghasilannya.
Allahumma Ya Hafiz, Engkau jagalah kolam ini beserta ikan dan pokok-pokoknya, buat hambaMu menikmati keindahan dan ketenangannya. Bukan sekadar itu adalah terlebih penting untuk hambaMu merasaikan KEHADIRAN, PENGAWASAN serta PENYAKSIANMU Ya Khobir Ya Syahid mengatasi daripada yang lain-lain.
Allahumma amin Ya Mujib.
Jawapan 11: Ikan2 yang hidup dalam sungai

Yaa Allah Yaa Muhyi hidupkan hati ku supaya sentiasa ingat kepada Mu.Yaa Robbi Yaa Allah Yaa Muhyi Yaa Hayyu Yaa Qayyum ingatkan aku pada saat2 aku melupakan Mu..
Jawapan 12: Pokok
Hebatnya kekuasaanMu Allah Ya Muhyi mencambahkan benih, menumbuhkan anak pokok sehingga menjadi pokok yg besar dan tinggi Ya Kabir Ya Aliy, yang kukuh dan kuat akarnya sehingga mencengkam ke dlm tanah Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin.
Kurniakanlah kami kekuatan tauhid kepadaMu Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad. Engkau juga menghidupkan pokok ini walau tiada siapa meminta dariMu. Dengan pokok ini, Engkau Ya Muhyi memberi oksigen kpd kami untuk kami terus bernafas.
Ya Allah Ya Muhyi terima kasih kerana terus menghidupkan roh kami untuk sentiasa mendekatiMu.
Jadikan kami hambaMu yg sentiasa mengiktirafMu Ya Muhyi sebagai satu2nya yg menghidupkan, tiada yg boleh menghidupkan melainkanMu.
Sebagaimana Allah Ya Mummit yang maha mematikan, berkuasa mematikan sebahagian daripada pokok hidup ini,
Matikanlah juga segala sifat2 keakuan dan kemakhlukan yg ada dlm diri kami agar kami hanya memandang Nama, Sifat dan Af'alMu sentiasa.
Tiada yang menghidupkan melainkanMu Ya Muhyi dan tiada yang mematikan melainkanMu Ya Mummit..
Sebagaimana pokok yg dihidupkan olehMu ini, hidupkanlah roh kami sentiasa agar selalu mengingatiMu dan ingatkan kami juga kepada kematian kami sentiasa sebagaimana sebahagian pokok yang dimatikan ini.
Aamiin Ya Rabbal'alamin..Ya Mujib Ya Sami'🤲
Jawapan 12: Kejadian malam dan siang
Mahasuci Allah Ya Khaliq Yang Maha Mencipta telah menciptakan kejadian siang dan malam. Ia telah diatur oleh Ya Baari, Ya Waaliy, Ya Wakil, yang Maha mengatur, mengurus dan mentadbir siang dan malam mengikut waktunya. Kejadian siang dan malam ini adalah tanda kasih dan sayang Ar Rahman dan Ar Rahim pada hambanya untuk mendapat rehat.
Jawapan 13: Burung
Ya Hamid Maha Terpuji dan segala puji hanya milikMu. Engkau dipuji kerana kehebatanMu Ya Kholiq, Ya Baari Ya Musowwir dlm menciptakan dan memberi kekuatan terbang kepada burung.
Jawapan 14: Perjalanan pulang ke rumah
Bismillahirrahmanirahim
Allah Ya Waduud Ya Rahman Ya Rahim, dengan keizinanMu Allah Ya ‘Alim, Ya Hakim, Ya Roshid. perjalanan pulang yang indah dan selamat telah Engkau kurniakan pada kami Ya Salam, sungguh penuh dengan erti kesabaran Ya Sobur, traffic yang terkadang terhenti olehMu Ya Qohar, menundukkan kami semua, tetap terpaksa berhenti atas ketetapanMu Ya Baariq, setiap kenderaan yang Engkau Ya Musawwir, Ya Kholiq ciptakan untuk kami supaya memudahkan bagi kami untuk berjalan dimuka bumimu dengan pantas Ya Rosyid Ya Awwal, sesuai dengan perjalanan zaman. Engkau juga membuka jalan bagi kami Ya Fattah, dengan memberikan idea2, Ya Musawwir, pada manusia untuk membelah bukit menjadi dua untuk dibuat jalan, Ya Fattah, Ya Baasith..sungguh hebat ciptaanMu Ya Kholiq, Ya Azim, Ya Dzal Jalaliwalikram.. Yang sangat menyayangai kami, Ya Waduud, yang menolong kami, Ya Wahaab, untuk menjalankan tugas khalifah.. walaupun kami ini sentiasa melakukan dosa padaMu Ya Allah..sentiasa terlupa, sungguh banyak aib kami yang telah Engkau tutup Ya Rahman.. Ampuni lah dosa2 kami Ya Allah, yang masih tidak mampu untuk menjadi khalifahMu dengan benar, Ya Haq, ampunkan la dosa2 bagi muslimin dan muslimat seluruh dunia Ya Allah, Ya Affuw, Ya Ghoffar Ya Tawwab, atas segala yg kami tidak faham dan ketahui, Ya Allah, Bukalah hijab dihati kami semua Ya Fattah, dengan cahaya dan hidayahMu supaya kami faham tujuan dan janji kami padaMu ketika disyurga, izinkan Ya Allah, Ya Nur, Ya Haadi, Ya Haq, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Waduud.
Jawapan 15: Suasana langit
kami mengakui engkau ya hamid maha terpuji dan segala puji hanya milikmu. engkau dipuji kerana kehebatan mu ya kholiq yaaari ya musowwir.


No comments:
Post a Comment