Monday, 13 July 2020

Bicarahati memuji Allah dengan Asmaulhusna bahagian 2

Assalamualaikum wbt, 

Di sini saya kongsikan bicarahati2 Asmaulhusna yang diilhamkan oleh Allah Ya 'Alim Ya Hakim Ya Rosyid bimbingan Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq.

Soalan untuk bicarahati ni ialah, pilih 1 objek atau kejadian ciptaan Ya Kholiq, dan bina bicarahati membesar2kan Allah Ya Kabir Ya Mutakabbir.

*Ya 'Afuww maafkan huruf kecil huruf besar yg tak sempat nak edit

Jawapan 16: Tumbuhan


Ya Allah Ya Kholiq, Engkaulah yang mencipta bunga ini dengan rekabentuk warna yang indah dengan memberi daya kepada pokok ini subur. Engkaulah Ya Muhyi yang menghidupkan dan Ya Mumit mematikan.



Jawapan 17: Hidupan Laut Antartika (Specific Greenland Shark)


Ya Musowwir Ya Aziz Ya Dzul Jalali Wal Ikram Maha hebat Mu Ya Allah dalam setiap penciptaanmu walau dilautan dalam gelap dan sejuk engkau Ya Muhyi Ya Rahim memberikan kehidupan yang amat luar biasa Ya Adzim agungnya ciptaanmu tiada mungkin mampu yang selain Mu untuk menciptakan sama seperti itu, Ya Waaliy Ya Somad engkau mentadbir dan menguruskan segala sesuatu dengan sempurna .. Allahumma Ya Ghofar Ya Tawwab ampunkalah setiap kelemahan hamba ini dalam setiap perbuatan dan dosa Ya Alim Ya Hafiz kurniakan ilmu dan jalan bagi hamba dalam memahami makna sebenar penciptaanku..


Jawapan 18: Laut dan Pantai


Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbil Alamin Ya Allah Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau yang maha pengasih, Ya Rahman Ya Rahim maha penyayang yang maha mendengan Ya Sami' dengarkanlah puji pujian daripada kami kepadamu Ya Allah. Allahumma Ya Khaliq sesungguhnya Engkau layak dipuji kerana Engkau yang mengatur setiap kejadian Mu Ya Baari Ya Khaliq Ya Waliy. Sesungguhnya tidak dapat kami bayangkan bagaimana untuk mencipta walaupun sebutir pasar ataupun sebiji buih di lautan, hanya Engkau yang mampu menciptakan semua ciptaan Mu Ya Allah, maha menghidupkan dan mematikan setiap kejadian Mu Ya Muhyi Ya Mumit. Tiada daya pada kami hanya daripada Mu semuanya La Hawla Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyul Azim. Allahumma Ya Quddus Ya Jalil Ya Zal Jalaliwal ikram setiap ciptaan Mu adalah Sempurna Ya Azim. Sesungguhnya di dalam lautan inilah sumber makanan laut yang telah disediakan Ya Razzaq kepada kami, ampunkan kami sekiranya selalu lalai dan membuat kerosakan kepada bumi Mu ini. Ya Affuw Ya Ghaffat Ga Tawwab. Ya Allah kau kurniakanlah kepada kami sifat gementar,rendah diri, takut, malu dan hindarkan kami dari bermegah-megah di dunia ini serta meragui, merendahkan keupayaan Mu Ya Qadir Ya Muqtadir. Ya Allah, Ya Salaam sesungguhnya melihat pada lautan ini amat tenang tetapi semuanya kehendakmu lautan yang tenang bisa berombak besar, mencuci bumi ini dengan kejadian seperti Tsunami jika Engkau berkehendak. Lindungi kami ya Allah daripada bala bencana itu Ya Salam, kekalkan keadaan laut ini sehingga hari kiamt Mu Ya Baqi'. Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid didiklah kami semasa kami menghayati keindahan ciptaan Mu ini, dan untuk mengenal sifat2 Mu Ya Allah, sesungguhnya setiap ciptaan Mu adalah bukti kekuasaan dan pemilikan Mu Ya Allah Ya Malik. Setiap hembusan dan tiupan angin yang terkena ke muka kami amat lembut Ya Latif, kami tahu angin ini juga bergerak atas daya Mu Ya Baari, Engkau yang menentukan angin ini yang bisa menjadi kuat Ya Qawwiy seperti kejadian puting beliung ataupun Angin kencang yang boleh menghancurkan binaan di bumi ini jika terjadi. Ya Allah, air laut akan membasahkan badan kami jika kami mandi didalamnya, basahkan juga hati kami untuk selalu mengingat dan berzikir kepada Mu Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud.. kurniakan rasa cinta kami kepada Mu jangan biarkan kami Ya Alah, jangan biarkan kami lalai dan hati kami kering tanpa mengingat Mu. Wasallahu ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wasahbihi wasallam.Aamin


Jawapan 19: Suasana alam



Yaa Rohiim yaa Rohman yaa Zuljalaali walikhraam..Allah Maha Berkehendak Maha Mnentukan sgalanya .Allahuakhbar yaa Qoodir yaa Muqetadir Allah Maha Memiliki Kebesaran ats pmndangan yg indah yaa Waasi' Maha luas , luaskanlah pngetahuan kami dlm mngenalmu yaa Allah yaa 'Aliim yaa Hakim yaa Adziim. Alam ciptaanmu yaa Kholiq sngat mnakjubkan yaa Mushowwir melapangkan hati sesiapa yg memandangnya ya Baasit yaa Badii'. Diri ini amatlah kerdil tk mmiliki apa", gunung ganang trsusun dngan cantiknya ya Baari' ya Badi', dipelihara olehMu yaa Muhaimin. Engkau yaa Allah ya Malik Pemilik Mutlaq alam buana nan indah trbentang luas yaa Wasii' untk kami hambamu yaa Rohiim yaa Rohman maka dngan itu ku memohon kpdmu Ya Ghaffar ya Ghofur.

yaa Allah Ya Fattah Ya Waasi' Ya Baasit lapangkanlah hati kami, kehidupan kmi yaa Allah sbagaimn Engkau ciptakan bumimu ini dngan bgtu lapang sekali. Bantu kami yaa Allah yaa Wahhabb dlm mngharungi khidupan yg fanah ini penuh dngan onak duri, tanpa bimbingan darimu yaa Rasyid yaa Nuur yaa Haadii yaa Haq kami bukanlah siapa". Yaa Halim yaa 'Aliim yaa 'Aliyyu yaa 'Adzim panganglah kami dgan kasih sygmu yaa Allah ya Baseer ya Rahim wahai Allah yg Maha Kasih syg tdk trputus kasih sygmu yaa Allah dn tdk trhitung bnyaknya maka kabulkan hajat kami yaa Allah yaa Mujiibb


Jawapan 20: Penguin

Penguins: The Monogamous Tuxedoed Birds That 'Fly' Underwater ...

Allahumma ya kholiq ya bari' ya quddus ...Engkaulah yg maha pencipta....penciptaanMU sgt sempurna Ya Kholiq ya Quddus..ya hamid ya muhyi, ya Allah aturlah lidahku ini memujiMU disepanjang hidupku
Allahumma ya aziz ya qowiy ya matin ya rahman ya rahim kurniakanlah kekuatan kepadaku agar tdk berputus asa dari mencari rahmatMU serta ilmu2MU ya alim ya hakim ya roshid seperti haiwan ciptaanMU - PENGUIN
Allahumma ya razzaq ya sobur ya syakur, ya Allah rezekikanlahku utk menerima curahan ilimu mengenalMU, syurga tanpa hisab dan rezeki didunia ini. Ya Allah Ya Sobur kurniakanlah ku sifat sabar dlm menghadapi segala ujian kehidupan ini.Ya Allah Ya Syakur kurniakanlahku sifat syukur utkku bersyukur atas segala nikmat yg diberikan olehMU
Allahumma ya qodir ya muqtadir, ya Allah masukkanlah sifat redho dlm hati ini utk menerima segala takdir/peristiwa yg Engkau ciptakan. Semua itu adalah tanda kasih sayangMU ya rahman ya rahim ya qoreeb...ya hafiz ya muhaimin ...Engkau sedang menarikku dari tersasar ke jalan nerakaMU Allahumma ya ahad ya wahid ya somad...Ya Allah pasakkan tauhid yg kukuh dlm hatiku utk mengEsakanMU,mengtauhidkanMU dgn sempurna agar hatiku merasa haqqul yaqin kepadaMU dan bergantung harapan sepenuhnya kepadaMU dan tidak bergantung kepada makhlukMU


Jawapan 21: Buku Huraian 99 Asmaulhusna (3i)


Allah ya Rahman, sesungguhnya Engkaulah Dzat Yang Maha Pemurah, yang memberikan daku jalan utk aku mendekati ilmu makrifatMu..Engkau Ya Rahiim, yang sangat Menyayangiku.disaat aku mengejar kejayaan dunia, aku lalai dan hanyut dengan keindahan dunia, dayamu Ya Rahim menarik aku untuk aku kembali kejalan Mu..sesungguhnya Engkau Ya Qadir Ya Muqtadir yang memberikan aku peluang utk mengikjti kelas ini dan belajar mengenal Mu Ya Allah.Engkau Ya Fattah sering membuka jalan2 disaat aku buntu dalam pengajian ini.Dayamu Ya Rozzaq yg merezkikan aku membeli buku ini.Aku belajar ilmu Mu Ya Allah dariMu Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid agar aku dapat meneruskan


Jawapan 22: Alam


Ya Allah Ya Hamid setinggi-tinggi pujian padaMu, Engkau Ya Kholid Ya Baari Ya Musowwir mencipta, menyusun atur dan merekabentuk alam tanpa pertolongan sesiapa.


Jawapan 23: Bamboo (buluh)


Allahumma Ya Kholiq, Ya Baaari', Ya Musawwir menciptakan buluh yang mempunyai lebih kurang 1,200 spesies dan Allah Ya A'lim, Ya Hakim memberikan pelbagai nama kepada setiap spesies buluh (contohnya; buluh semantan = gigantochloa scortechinii, buluh betong= dendracalamus asper, buluh akar = dendracalamus pendulus dan lain-lain lagi). Allah, Ya Muhyi menghidupkan buluh sebagai satu sumber yang mampan berbanding kayu hutan berikutan sifatnya yang cepat tumbuh dan matang dengan mengambil masa antara tiga hingga lima tahun berbanding kayu hutan yang memakan masa 50 hingga 100 tahun. Allah Ya A'ziz, Ya Qowiy, Ya Matin menjadikan buluh memPunyai keistimewaan daripada segi ketahanan, mampu menghadapi gegaran kerana sifatnya yang boleh melentur dan fleksibel, dan ringan tetapi lebih kuat daripada besi. Selain itu, Allah Ya Naafi' menjadikan buluh mempunyai banyak manfaat dan fungsi antaranya menjadi sumber makanan panda, boleh digunakan dalam pembinaan bangunan, dijadikan hiasan dalaman dan landskap, kraftangan dan banyak lagi. Allah Ya Rozzaq, Ya Ghaniy, Ya Mughniy menjadikan buluh mempunyai potensi sebagai sumber ekonomi kepada manusia. Allah Ya Kholiq, Ya Baaari', Ya Musawwir memberikan pelbagai idea yang kreatif dan inovatif kepada manusia untuk menggunakan buluh dan menghasilkan pelbagai produk, contohnya, papan lelantai, produk tekstil seperti pakaian dan tuala, perabut, barang perhiasan, kertas dan banyak lagi.
Jawapan 24: Kelahiran Bayi Secara Caesarean


Subhanallah Maha Suci Engkau Ya Kholiq Ya Musowwir Ya Quddus Ya Baari', yang telah mencipta bayi ini dgn kreativitiMu yg amat sempurna, membuktikan kebesaran Dan keagunganMu wahai Ya 'Adzhim Ya Kabir Ya Mutakabbir. Engkau alirkanlah kepadaku sedikit daya kreativitiMu supaya aku dpt menyelesaikan tugas2 harianku, pekerjaanku dan tugas2 Khalifah dgn cara yg kreatif dan mudah. Masukkan ke dlm hatiku rasa ingin selalu mengagung Dan memuji membesarkanMu.

Engkau Ya Hafidz Ya Muhaimin Ya Waliy Ya Wakeel, memelihara, melindungi, mengawal dan mengurus proses kelahiran bayi ini dengan penuh kasih sayang Dan kelembutanMu Ya Rohim Ya Wadud Ya Latif sehingga ia selamat dilahirkan. Masukkan sifat2Mu itu ke dalam hatiku agar aku sentiasa menyayangi, mengasihi, melindungi Dan berlemah lembut terhadap anak2ku Dan ahli keluargaku.

Engkau Ya Baari' Ya Fattah Ya Muqaddim Ya Muakkhir, amat mudah bagimu memulakan dan mengakhiri proses kelahiran bayi ini. Engkau Ya Muhyi Ya Muqit terus menghidupkan bayi dengan membekalkan bekalan oksigen yg mencukupi sepanjang ia melalui proses kelahiran sehingga ia lahir dengan selamat. Dengan itu Kau mudahkanlah juga perjalanan hidupku, berikan rasa kecukupan (qanaah) sepanjang hidupku. Hidupkanlah roh hatiku agar sentiasa bertaut Dan berhubung denganMu. Engkau memulakan hidupku dengan baik sekali sepertimana bayi ini memulakan kehidupannya, maka Kau akhirilah jua hidupku dgn husnul khotimah. Aamiin Ya Mujib.


Jawapan 25: Suasana matahari terbenam


Ya Allah ya Rahman ya rahim terima kasih Allah engkau berikn ya Basir daya penglihatan utk melihat matahari yg menerangi bumi. Ya Jamie dapat menghimpunkan aku dengan yg Tersayang. Ya Malik tiada kuasa ku untuk mengingkari segalanya. Bnyk dosa ku ya ghafur dengan rasa hina..dosa..rendah diri aq merayu pada mu berikn ya basir my agr dpt ku lihat ciptaan mu Tampa bantuan cermin mata..ya Allah ya Rahman ya rahim terima kasih...terima lah aq sebagai hamba mu ya Allah 1😭


Jawapan 26: Kecantikan alam


Ya Allah.. Ya khabir.. Ya Mutakabbir.. Sesungguhnya engkau maha besar dan engkaulah memiliki seluruh kebesaran di alam buana ini.. Daku hamba u yang kerdil datang membesarkanMu atas segala kurniaan Mu yang tidak pernah berhenti buat diri ini dan menginsafi yang kerdil ini sentiasa memerlukanMu dalam hidup ini.

Allahumma ya waasi'.. Luas lautan yang terbentang.. Engkau maha meluaskan.. Luaskan pintu rezeki kepada kami ya Yaalah.. Ya razzak... Yang maha memberi rezeki.. Cantiknya CiptaanMu ya Allah.. Allahumma ya waaliy.. Engkaulah yang maha mengurus.engkaulah ya waaliy.. Ya wakeel.. Ya hayyu.. Ya qayyum.. Yang mengurus mentadbir sendiri 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi dengan sempurna.. Ya Allah ya waaliy.. Bantulah kami mengurus anggota kami untuk taat kepadamu dan menjauhi larangan Mu.. Allahumma ya barr.. Engkaulah yang maha baik dan dermawan.. Terima kasih atas segala kebaikanMu ya Barr kepada kami sejak engkau mencipta kami sehinggalah ke saat ini..

Ya Salaam Ya Mukmin.. Kurniakan ketenangan agar kami dapat menambahkan kekyusukan dalam beribadah kepadaMu..Allahumma ya matin.. Engkaulah yang maha teguh.. Teguhkan iman kami jangan biar kami ragu kepada kekuasaan Mu.. Allahumma ya sobuurr.. Engkau maha sabar.. Kurniakan kami kesabaran untuk taat kepadaMu..kesabaran untuk menjauhi larangan undan kesabaran untuk mengharungi ujian ujian Mu..


Jawapan 27: Bayi yang baru lahir sedang belajar tentang dunia sekelilingnya


Allahuma ya Khaliq, Engkaulah penguasa setiap makhluk di dunia ini. Tiada daya kami melainkan dengan izinMu ya Allah. Hadirnya kami di dunia bersama kasih sayangMu ya Allah ya Rahman. Ya Latiff, lembutkan hati kami untuk sentiasa mengingatiMu. Sesungguhnya Engkaulah ya 'Alim ya Hakim ya Rahid berikanlah kami ya ilmu dan kebijaksanaan untuk membimbing kami dunia dan akhirat.


Jawapan 28: Tapak kaki manusia

Who are you walking with? #QTNA – His Footsteps, My Pathway

Bicarahati Hamba بســـــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ.. Allah Allah Ya Sami Yang Maha Mendengar, Hamba Mu memuji memujaMu. Engkau jadikan daku , Engkau Ya Razzaq beri daku rezeki, Engkau Ya Hafiz pakaikan daku, Engkau Ya Muhaimin jaga daku, Engkau sejahtera kan daku ..Engkau Ya Baadi Ya Barr Maha Baik . Engkau Ya Karim Ya Quddus menyempurkan segala buat hamba yg hina ini tanpa di minta.
Allah hamba Mu tak puas2 memujiMu Ya Waduud.. Ya Hamid hanya Engkau di puji.. Hamba menyerahkan seluruh jiwa raga hamba pd Mu Ya Baari.. Perjalankanlah seluruh anggota badan hamba kejalan yg Engkau redhoi. ‎ ‎امين امين امين يارب العالمين


Jawapan 29: Bunga orkid hijau


Ya Allah ya tuhanku Ya kholiq Ya Musawwir pencipta langit dan bumi serta isi didalamnya, Ya Wasi., luas sungguh ciptaanmu. Engkau Ya Kholiq menciptakan bunga orkid ini dengan begitu teliti dan halus sekali Ya Latif Ya Dzal Jalalil Wal Ikram, dengan urat uratnya serta putik bunga yang menyegarkan. Ya Allah kau menciptakan kami dengan kasih sayang mu Ya Wadud dan nilai nilai cintaMu serts rahmatmu Ya Rahman Ya Rahim terserlah pada bunga ini.

Ya Allah Ya Salam kau anugerahkan kami rasa tenang apabila memandang nya seakan kau berbicara dengan kami bahawa kau jadikannya sebagai meraikan kami yang kau lantik sebagai khalifahMu. Ya Allah Ya Badi sungguh indah akan ciptaanMu ya kholiq Ya Musawwir sehingga terpegun kami melihatnya. Kami bersyukur ya syakur ya hamid atas buah tangan mu kepada kami.


Jawapan 30: Kaabah


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Hamid Ya Syakur,terima kasih kerana menjemput hambaMU menjadi tetamu.Ya Quddus Ya Tawwab Ya Jalil terimalah taubat kami Ya Ghafur ,ampunilah dosa kami.Ya Qadir Ya Muqtadir jadikanlah kami redha menerima ketentuan takdirMU,Ya Aliy Ya Qawiyy jadikanlah kami memuliaakn meninggikan namaMU dalam setiap keadaan.Jemputlah kami lagi Ya Alim Ya Hakim Ya Raasyid.Murahkanlah rezeki kami Ya Razzak Ya Ghani Ya Mughni untuk kami melempiaskan rindu kepadaMU.Ya Taawab terimalah taubat kami,sesungguhnya kami hanya hambaMu Yang lemah.Ya Baari

No comments:

Post a Comment