Di sini saya kongsikan bicarahati2 Asmaulhusna yang diilhamkan oleh Allah Ya 'Alim Ya Hakim Ya Rosyid bimbingan Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq.
Soalan untuk bicarahati ni ialah, pilih 1 objek atau kejadian ciptaan Ya Kholiq, dan bina bicarahati membesar2kan Allah Ya Kabir Ya Mutakabbir.
*Ya 'Afuww maafkan huruf kecil huruf besar yg tak sempat nak edit
Jawapan 31: Pokok bunga Jasmin
ya Allah ya Baari' ya Badi', bukan bunga itu yang sendirinya kelihatan cantik melainkanMu ya Baari' ya Badi' yang mengaturkan pandangan makhluk kepada pokok jasmin untuk cantik.
ya Allah ya Muhyi, bukan ini yang hidup dengan sendirinya melainkanMu ya Muhyi yang menghidupkan pokok jasmin ini.
yaAllah ya Aziz ya Qowiy ya Matin , bukan pokok ini yang kuat dan teguh gengan sendirinya melainkanMu ya Aziz ya Qowiy ya Matin yang menguatkan dan meneguhkan pokok jasmin ini.
Jawapan 32: Bintang dan Alam
:max_bytes(150000):strip_icc()/arches-national-park-astronomy-cosmos-33688-d67c5551c2324cb696315faa478aa71d.jpg)
Penciptaan Alam dan manusia oleh Ya Khooliq
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
اِنَّ فِيْ خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَا لْاَ رْضِ وَا خْتِلَا فِ الَّيْلِ وَا لنَّهَا رِ لَاٰ يٰتٍ لِّاُولِى الْاَ لْبَا بِ ۙ
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;"
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 190)
Saat kami melihat bintang dilangit ciptaan Allah Ya Kholiq, Ya Baari’ Ya Musowwir, mengingat kami kepada Surah Al-An'am 6: Ayat 97
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَهُوَ الَّذِيْ جَعَلَ لَـكُمُ النُّجُوْمَ لِتَهْتَدُوْا بِهَا فِيْ ظُلُمٰتِ الْبَرِّ وَا لْبَحْرِ ۗ قَدْ فَصَّلْنَا الْاٰ يٰتِ لِقَوْمٍ يَّعْلَمُوْنَ
"Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui."
(QS. Al-An'am 6: Ayat 97)
Ya Baari’ Ya Khooliq, Ya Malik, Ya Musowwir, sesungguhnya Engkaulah Ya Baari’ Ya Khooliq, Ya Malik, Ya Musowwir, yang mencipta perbagai jenis bintang dan fungsi-fungsinya. Engkaulah Ya Malik, pemilik bintang-bintang ini, Engkaulah Ya Badi’ yang mencantikkan bintang-bintang ini. Engkaulah Ya Nuur yang memberikan cahaya kepada bintang-bintang ini.
HebatnyaMu Ya Allah Ya Khobir, Ya Mutakabbir, Ya Ali, Ya Muta’aly, Ya Azeem.
Bintang adalah ciptaan Allah Ya Khooliq. Milik mutlak ya Malik, diurus, ditabir oleh Allah Ya Waliq, Ya Wakil, Ya Bariq
Ya Baari’, Allah Maha Mengatur, Allahumma Ya Baari’, Sesungguhnya Engkaulah Ya Allah yang mengatur, perjalanan bintang-bintang ini di langit dengan begitu sempurna. Allahumma Ya Baari', Engkaulah yang Maha Mengatur, aturlah hidup kami untuk sentiasa taat kepada perintahMu, menjauhi segala laranganMu dan membuat kebajikan.
Ya Khooliq, Allah Maha Pencipta, Allahumma Ya Khooliq yang mencipta bintang-bintang ini, yang begitu cantik bergemerlipan dilangit yang sentiasa berkelipan dilangit, dan menjadikan bintang-bintang ini sebagai berpedoman dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Allahumma Ya Khooliq, Maha Pencipta segala sesuatu di alam buana ini adalah ciptaanMu, daku ini ciptaanMu yang Engkau cipta untuk mentaatiMu.
Ya Malik Allah Maha Memiliki, Allahumma Ya Malik yang Pemilik Pemilik bintang ini. Allahumma Ya Malik, sesungguhnya Engkaulah pemilik seluruh isi langit dan bumi dan apa yang ada pada manusia. Daku ini milik Mu, Ya Malik, Engkau pinjamkan anggota tubuh untuk beribadah kepadaMu dan berbakti kepada ummah. Terima kasih atas segala pinjamanMu ini.
Ya Musowwir Allah Maha Pencipta, Allahumma Ya Musowwir pencipta berbagai jenis dan fungsi bintang-bintang dilangit dengan penuh kreavitiMu. Allahumma Ya Musowwir, Engkaulah yang Maha Kreatif dan dengan kreativiMu lah alam dan isinya dicipta, dengan pelbagai jenis bintang, planet, pelbagai jenis pokok, binatang, manusia. Ya Musowwir kurniakan daku keativiti untuk mengurus hidup ini.
Ya Nuur Allah Maha Memancar Cahaya, Allahumma Ya Nuur, yang memberikan cahaya kepada bintang-bintang yang bergemerlipan dilangit, begitu cantik Ya Allah. Allahumma Ya Nuur, Engkau yang Maha Memancar Cahaya, pancarkan cahaya petunjukMu. Ketika cahayaMu menerangi hatiku, jelas dan teranglah kebenaran dan kebatilan, jelaslah jalan ke syurga dan neraka. Bimbinglah kami Ya Haadi di atas jalan kebenaranMu Ya Haq. Setelah Engkau memancar cahaya dalam jiwaku, janganlah Engkau padamkannya, kekalkan cahaya dalam jiwaku Ya Baaqi Ya Nuur.
Ya Badi’ Allah Maha Cantik, Allahumma Ya Badi’ yang mencantikkan bintang-bintang ini. Allah Maha Cantik Allahumma Ya Badi', Engkaulah yang Maha Cantik. Seluruh kecantikan di alam ini adalah milikMu. Engkau memberi kecantikan kepada kami untuk kami memujiMu dan Engkau akan menarik balik kecantikan milikMu. Ya Badi', cantikkan budi pekerti kami terhadapMu agar kami sentiasa mengabdi diri kepadaMu, cantikkan budi pekerti kami sebagaimana cantiknya budi pekerti Rasulullah saw yang sentiasa dipenuhi dengan kasih sayangMu
HebatnyaMu Ya Allah Ya Khobir, Ya Mutakabbir, Ya Ali, Ya Muta’aly, Ya Azeem.
Allahumma Ya Khooliq sahajalah yang menciptakan manusia dan segala alam ini, Alah Maha Pencipta. Oleh kerana Allah Maha Sempurna, Ya Qudus, maka Allah mencipta alam ini dengan penuh kesempurnaan, Allahumma Ya Quddus yang Maha Suci, Maha Sempurna dan tidak ada cacat cela.. Oleh kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Ya Rohman, Ya Roheem, maka Allah mencipta alam ini dengan penuh kasih sayang, Allah Maha Pemurah, Pengasih Allahumma Ya Rohman. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Begitu juga, oleh kerana Allah Maha Bijaksana, Ya Hakeem, maka Allah Ya Khooliq mencipta alam ini dengan serba lengkap dan tahu segala kelemahan, kekurangan, keperluan dan kekuatan alam ini, Allahumma Ya Quddus yang Maha Suci, Sempurna dan tidak ada cacat cela.
Dengan itu, untuk memelihara alam yang diciptakan-Nya, Allah, Ya Hakam telah menurunkan peraturan-peraturan-Nya untuk dipatuhi. Allahumma Ya Hakam yang Maha menetapkan hukum hakam dan peraturan hambaMu di dunia ini, Bagi makhluk yang berakal seperti manusia dan jin, Allah menurunkan peraturan-Nya dalam bentuk hukum syarak dan juga hukum alam. Manakala bagi makhluk yang tidak berakal pula, seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan, Allah Ya Hakam, menurunkan hukum alam sahaja.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
٭لَّذِيْ لَهٗ مُلْكُ السَّمٰوٰتِ وَا لْاَ رْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَّلَمْ يَكُنْ لَّهٗ شَرِيْكٌ فِى الْمُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهٗ تَقْدِيْرًا
"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna."
(QS. Al-Furqan 25: Ayat 2)
Allahumma Ya Quddus yang Maha Suci, sempurna dan tidak ada cacat cela dan sukakan kesempurnaan, bagi menjamin kehidupan yang sempurna, semua makhluk perlu taat dan patuh kepada peraturan ciptaan Allah Ya Qudus, sama ada dalam bentuk hukum syarak mahupun hukum alam. Manusia yang engkar mematuhi hukum syarak dan juga hukum alam ciptaan Allah Ya Hakam, akan menghadapi kemusnahan di dunia dan di akhirat. Hal ini kerana Allah Maha Mengetahui apa yang baik dan apa yang tidak baik bagi makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Ya Ghoffar Allah Maha Pengampun Allahumma Ya Ghoffar, Engkaulah yang Maha Pengampun. Ya Muhti, Ya Khooliq, Ya Rashid
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
اَلَمْ تَرَ اَنَّ اللّٰهَ يَسْجُدُ لَهٗ مَنْ فِى السَّمٰوٰتِ وَمَنْ فِى الْاَ رْضِ وَا لشَّمْسُ وَا لْقَمَرُ وَا لنُّجُوْمُ وَ الْجِبَا لُ وَا لشَّجَرُ وَا لدَّوَآ بُّ وَكَثِيْرٌ مِّنَ النَّا سِ ۗ وَكَثِيْرٌ حَقَّ عَلَيْهِ الْعَذَا بُ ۗ وَمَنْ يُّهِنِ اللّٰهُ فَمَا لَهٗ مِنْ مُّكْرِمٍ ۗ اِنَّ اللّٰهَ يَفْعَلُ مَا يَشَآءُ ۗ
"Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya."
(QS. Al-Hajj 22: Ayat 18)
Alam termasuk dalam golongan makhluk kerana semuanya dicipta oleh Allah, Allahumma Ya Khooliq, Engkau Maha Pencipta, segala sesuatu di alam buana ini adalah ciptaanMu, Ya Muhyi. Penciptaan alam semesta ini bertujuan untuk kemudahan dan kesenangan manusia, Allahumma Ya Wahhab, Engkaulah yang Maha Penolong. Manusia diperintahkan untuk memanfaatkan dan memakmurkan alam semesta yang diciptakan oleh Allah Ya Kholiq. Oleh itu, memakmurkan alam semesta dengan menjaganya dan memanfaatkannya secara baik adalah juga satu ibadat yang diberikan ganjaran pahala oleh Allah Ya Hafiidz, Maha Memelihara.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
اَلَمْ تَرَوْا اَنَّ اللّٰهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَّا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْاَ رْضِ وَاَ سْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهٗ ظَاهِرَةً وَّبَا طِنَةً ۗ وَمِنَ النَّا سِ مَنْ يُّجَا دِلُ فِى اللّٰهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَّلَا هُدًى وَّلَا كِتٰبٍ مُّنِيْرٍ
"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran."
(QS. Luqman 31: Ayat 20)
HebatnyaMu Ya Allah Ya Khobir, Ya Mutakabbir, Ya Ali, Ya Muta’aly, Ya Azeem.
Jawapan 33: Mesin Basuh
Alhamdulillah, Ya Syakur Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab, Engkaulah yang Maha Memahami Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan sentiasa menolong hambaMu. Engkau meringankan tugas mencuci pakaian dengan terciptanya alat Mesin Basuh.
Engkaulah Ya Kholiq, Ya 'Alim, Ya Hakim, Ya Rashid, Ya Musowwir, Ya Badi' yang telah merekacipta mesin basuh ini dengan berbagai bentuk rupa yang cantik dan menarik. Engkau curahkan limu, kebijaksanaan dan kepintaran melalui otak manusia. Engkau Ya Baari', Muhyi, Ya Naafi telah menyusun atur komponen-komponen yang ada di dalam mesin basuh ini dan menghidupkan mesin basuh dengan mengalirkan eletrik supaya mesin ini dapat beroperasi, digunakan dan memberi manfaat kepada kami.
Mesin basuh ini dengan daya yang diberikan olehMu Ya Malik Ya Malikul Mulk dapat membersihkan pakaian. Engkau Ya Baari' Ya Wakil yang telah menyusun atur, mengurus setiap proses cucian iaitu membersih, membilas dan mengeringkannya.
Ketika pakaian ini dibasuh dan dibersihkan kami menafikan bukan mesin basuh ini yang hebat untuk melakukan pembersihan tetapi Engkaulah Ya Kabir Ya Mutakabbir Ya Quddus Ya Jalil yang layak dibesar dan diperbesarkan kerana dengan kehebatanMu membersihkan pakaian. Engkau Ya Fattah membuka saluran supaya air dapat disalurkan ke dalam mesin basuh ini. Mesin ini berputar-putar dengan air dan sabun yang dijadikan sebagai alat penyucian mengikut aturanMu Ya Baari'. Engkau Ya Baathin telah menghilang dan melenyapkan kotoran yang terlekat padanya.
Apabila pakaian ini ingin dibilas, Engkau Ya Fattah Ya Quddus Ya Jalil telah membuka saluran air untuk memudahkan pengaliran keluar air kotoran yang kotor untuk digantikan dengan air yang bersih. Proses ini berulang-ulang mengikut aturan dan ketetapanMu Ya Baari' Ya Hakam.
Ketika pakaian ini ingin dikeringkan, Engkaulah Ya Baari' Ya Muqaddim mengatur putaran menjadi cepat dan laju untuk membolehkan air basahan pada pakaian dapat dikeringkan. Bukan mesin ini yang menghilangkan air dan kelembapan pada pakaian kami tapi Engkaulah Ya Baathin yang menghilangkan air dan kelembapan pada pakaian kami. Laa hawla walaa quwwata ilah billah. Ya Allah segala daya yang ada pada mesin ini datangnya dariMu dan milik MutlakMu.
Engkaulah Ya Awal Ya Akhir Ya Baari' Ya Wakil Ya Mumit yang menghidupkan pada awalnya mesin basuh ini, mengatur dan menguruskan mesin basuh ini sehinggalah engkau mematikan mesin ini apabila berakhir tempoh penyucian.
Mesin ini milikMu Ya Malik Ya Malikul Mulk. Daya yang ada padanya adalah dayaMu yang mutlak. Engkau Ya Fattah Ya Razzaq Ya Malikul Mulk telah membuka rezeki dan memberi meminjamkan mesin basuh ini untuk kami guna dan supaya kami sentiasa mensyukuri dengan nikmat-nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami.
Bukan mesin ini yang hebat, menolong meringankan kerja kami untuk menyuci pakaian tetapi Engkaulah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab dengan sifatMu yang Maha Pengasih Maha Penyayang Yang Maha Menolong sentiasa membantu kami.
Alhamdulillah terima kasih Allah Ya Syakur Ya Fattah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid yang telah memberi kefahaman pada kami melalui ilmu, kebijaksanaan dan kepintaranMu mencurahkan ilmu untuk kami mengenaliMu dan mencintaiMu Ya Waddud. Ilmu inilah yang kami yang kami cari selama ini untuk mengenaliMu. Dengan mendekatiMu jiwa kami tenang, Ya Allah dengan usia yang masih berbaki dengan anggota tubuh badan yang masih Engkau pinjamkan, dengan kesihatan yang sehat yang masih Engkau berikan kami mohon padaMu Ya Allah agar setiap nafas kami, anggota pancaindera kami, anggota tubuh badan kami, izinkan kami mengenaliMu secara mendalam, mengingatiMu setiap saat detik dan waktu untuk berzikir, mengingatiMu dan memperbaiki ibadah kami. Terimalah amal ibadah kami, Kami ingin mengadapMu di Syurga. Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungi, pagari hati kami dari bisikan bisikan syaitan dan hawa nafsu. Kumpulkan kami Ya Jaami' di dalam syurgaMu. Aamin Ya Rabbal 'alamiin.
Jawapan 34: Keindahan alam
Ya Allah Ya Khaliq yang menciptakan keindahan alam dan yang mengizinkan kehidupan Ya Muhyi dan yang memberi rezeki Ya Razaq. Wahai Allah Ya Rahman Ya Rahim yang menurunkan hujan, dan menjadikan sungai sungai yang mengalir tenang dan mengizinkan tumbuh tumbuhan yang menjadi punca rezeki dan kehidupan manusia dan haiwan.....Ya Malikal Mulk Pemilik seluruh kerajaan langit dan bumi Ya Ghoniy Yang Maha Kaya... kurniakan kami dengan hati yang lapang Ya Waaliy Ya Waduud Ya Baasith. Ya Qayyyum Yang Maha Mengurus, kurniakan kami hati hati yang sentiasa mensyukuri nikmat Mu Ya Syakur, Ya Naafi’, Ya Malikal Mulk Ya Dzal Jalaali Wal Ikram.
Jawapan 35: Lautan
Ya Allah Ya Salam Ya Jamil Ya Badi', Engkau memberikan ketenangan dan kecantikan kepada air lautan ini. Maka tenangkanlah jiwaku, cantikkanlah akhlakku dan fikiran ku yang sering kacau bilau ini..
Jawapan 36: Jam dinding
Allahhumma Ya Allah Ya Mu'id setiap kali aku melihat waktu di jam dinding ini mengingatkan waktu ku yg semakin sedikit untuk aku kembali padamu. Ya Allah Ya Baari' berilah aku peluang untuk aku mudah beribadah padamu sebanyak mungkin dalam sisa waktuku ini. Ya Alim Ya Hakim Ya Rasyid ajarkan aku ilmu yang Barokah supaya aku dapat amalkan dan menjadi persiapanku untuk menghadapmu kelak. SubhanAllah Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim Ya Waduud
Jawapan 37: Ikan koi
Ya Allah, ikan koi ini dicipta kan olehMu ya Khaliq. Engkau ya Musawwir menciptakannya dgn pelbagai saiz & bermacam warna, indahnya ciptaanMu ya Badi'.
Ya Allah, sesiapa sahaja yg memandangnya pasti akan dimasukkan rasa damai dihati olehMu ya Salam ya Mukmeen. Sebagai mana Engkau ya Hamid memberi daya kepada ikan koi ini utk sentiasa memujiMu setiap saat, kurniakanlah juga kpd kami rasa & daya utk memujiMu tidak putus-putus ya Razaq ya Hamid ya Baaqi'.
Jawapan 38: Bunga
Sempurnanya Engkau Ya Kholiq' menciptakan bunga bunga ini Ya Baari Ya Musowwir dalam pelbagai bentuk saiz dan warna sehingga tiada manusia mampu menciptanya.. Bunga bunga ini di uruskan oleh mu Ya'Baari Ya Qowiy setiap saat malam dan siang bertasbih memuja muja nama mu seperti mana engkau jadikan bunga ini memuja muja mu Ya Adzim jadikanla aku hamba yg memuja muja mu juga
YA Allah Ya Muhyi yang maha menghidupkan bunga bunga ini..degupkan jantung ku lidahku dan roh ku sentiasa memuja muja mu Ya Baari ya Hameed
Engkaulah yang Maha Cantik.. Ya Baadi'seluruh bunga bunga ini kejadian cantiknya milikmu.. Bagaimana Engkau memberikan kecantikan bunga bunga ini berikan kecantikan budi pekerti ku sebagaimana cantiknya budi pekerti Rasululah saw yang sentiasa dipenuhi dengan kasih SayangMu Ya Rahman Ya Rahim ♥️
YA BAADI'
Jawapan 37: Air terjun
Allah Ya Khaliq, Ya Musowwir, Ya Badi yang menciptakan alam semesta dengan penuh kreatif serta indah. Ya Malik, Ya Malikul Mulk, Engkau yang memiliki dan mentadbir seluruh alam semesta ini.
Allah Ya Qowiy, Ya Maha memiliki kekuatan, Engkau memberi kekuatan kpd bukit dan batu-batu serta mengalirkan air yg deras Ya Rosyid, perkuatkan jiwa, emosi dan jasad kami yg lemah ini yg sering putus asa ini utk beribadah dan berbakti di bumi ini.
Allah Ya Salaam, Ya Maha memberi ketenangan, Engkau memberi ketenangan pd suasana ini, maka tenangkan lah jiwa dan fikiran kami ini.
Jawapan 38: Proses kitaran hidup rama-rama

Ya Allah Ya Hamid hanya Engkau yang layak dipuja dan di puji. Aku hamba Mu yang Hina.
Allah Ya Baari' mengatur proses kitaran rama-rama. Allah Ya Khalik mencipta sebiji telur rama-rama. Allah Ya Muhyi menghidupkan telur itu menjadi beluncas. Dari beluncas Allah Ya Wali Ya Wakil mengurus dan mentadbir kehidupan dalam kepompong. Kemudian Allah Ya Fatah membuka kepompng itu supaya rama-rama dapat keluar. Allah Ya Musawwir Ya Badi' mencipta keindahan pada rama-rama. Allah Ya Baari' mengatur rama- itu untuk terbang. Subhanallah.
Jawapan 39: Pelangi

Allahumma Ya Kholiq Ya Baari Engkau mewujudkan pelangi sebagai petunjuk kepada keindahanMu Ya Badi'. Ya Mukmin Ya Basiir seluruh alam menemukan ketenangan di saat melihat ukiran pelangi di kaki langit.
Ya Nuur Ya Jaami' Ya Zohir dengan cahaya nur Mu Engkau gabungkan warna-warna dan Engkau zahirkan nya membentuk jaluran warna cahaya yang indah Ya Musawwir. Ya Badi' segala keindahan itu adalah milikMu.
Jawapan 40: Anggota tubuh -kaki
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Muhaimin maha melindungi hamba yang hina dan diberi peluang Ya Wahab daya berdiri selepas kemalangan Ya Muqtadir. Kesungguhan utk trus bangkit Ya Mu’id menjalani tanggungjawab beribadah kepadaMU. Ya Razzaq memberi rezeki buat keluarga dgn dua kaki ini Ya Shakur.
Engkaulah Ya Qowiy memberi kekuatan pada kaki dan hati ini mentaati kepadaMu dan mengharungi ujianMu. Ya Matin maha teguhkan iman jangan biarkan daku ragu kepada kekuasaanMu Ya Aziz Ya Jabbar Ya Qohhar Ya Mutakabbir.
Jawapan 41: Suasana alam
Allah Ya Hamid Yang Maha Terpuji menciptakan sesuatu dengan baik dan Allah mempunyai sifat yang terpuji dan segala perbuatan terpuji itu adalah sifatNya. Dia Ya Hamid layak untuk menerima pujian kerana DIA yang mencipta dan menghidupkan, yang menganugerahkan keperluan hidup dan memberi petunjuk sehingga manusia mencapai kebahagian dunia dan akhirat
Allahumma Ya Hamid, basahilah lidahku untuk sentiasa memujiMu, Pemilik sifat-sifat terpuji, hiasi hati dan akhlakku, anak-anakku, keluargaku, masyarakatku dengan sifat-sifat terpuji
Allahumma Ya Ba'ith Ya Hamid Ya Majid, bangkitkan kami dan kumpulkan kami nanti diakhirat dengan golongan yang terpuji disusiMu iaitu para Rasul, para Nabi, Syuhada', Solihin, Siddiqin
Jawapan 42: Anak istimewa dari Ya Kareem
Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang telah dicipta Allah bertujuan untuk mengenal akan keEsaan Allah, YA AHAD YA WAHID YA SOMAD dan berupaya memperolehi ilmu makrifat dari YA ALIM YA HAKIM YA RASHID untuk memuji dan membesarkan YA QODIR YA MUTAKABBIR dan sebagai kekasih YA WADUD untuk mencintai Allah dan sebagai alat Allah dan kalifah untuk manusia tunduk serta mengagungkan Mu YA ALLAH YA MALIKUL MULK.
Azman adalah ciptaan Allah, Ya KHOLIQ. Dengan daya KUN FAYA KUN dan kehendakNya YA QADIR YA MUQTADIR daya melihatnya telah diambil balik oleh penciptaNya, Azman buta. Walaupun tidak dapat melihat wajah-wajah Allah rohnya tetap dihidupkan oleh YA MUHYI dan semangatnya dibangkitkan oleh YA BAAITS dan diberi kesabaran oleh YA SABUR untuk menerima dan redha akan ketentuan penciptaNya tanpa protes.
Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, YA RAHMAN YA RAHIM YA BAR YA KARIM YA WADUD hatinya terbuka oleh YA FATTAH untuk menuntut ilmu dan menghafal ayat-ayat suci Al-Quran dari alatnya YA ALIM YA HAKIM YA RASHID.
Allah YA SYAKUR, alat braile telah dicipta oleh YA MUSAWIR untuk memudahkan Azman menghayati dan menghafal Al-Quran.
Berbekalkan semangat dari YA AZIZ YA QOWIY YA MATIN dan kesabarannya dari YA SABUR, Azman telah berjaya sebagai khalifah dan alat untuk menyebarkan ilmu dari YA ALIM YA HAKIM YA RASHID kepada sahabat-sahabat seangkatannya.
YA ALLAH YA AFFUW YA GHAFFAR YA TAWAB YA QUDUS YA JALIL, hambaMu ini memohon dan merintih untuk diberi kesempatan di usia telah lanjut untuk terus memuja dan memujiMu serta mengaggungkanMu.
YA ALLAH YA MUHYI, hidupkan rohku
YA BAAITS, bangkitkan rohku
YA SALAM, sejahterakan rohku berikan ku kekuatan YA AZIZ YA QOWIY YA MATIN untuk hambaMu meneruskan perjuangan ini sebagai kekasihMu, YA WADUD
Terima kasih YA ALLAH YA SYAKUR atas pemberian ilmu makrifatMu dari alat YA HAKIM YA RASHID.
Kekalkanlah YA ALLAH YA BAQI untukku meneruskan perjuangan ini sebagai alat dan khalifahMu untuk memperkenalkan kebenaranMu, kebaikanMu dan kemuliaanMu, YA HAQ YA BAR YA KARIM untuk hambaMu sentiasa tunduk dan akur kepadaMu.
Terima kasih YA ALLAH YA DZUL JALALI WAL IKRAM
Jawapan 43: Bulan
Cantik sgguh ciptaanmu Ya Khaliq Ya Badii.. Disenari cahaya ya Nur.terangilah juga hati ku ni dengan cahaya mu Ya Nur.. Cantikan juga budi pekerti ku Ya Badii seperti mana melihat cayaha bulan.. Yg telah engkau ciptakan Ya khaliq
Jawapan 44: Burung

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya segala pujian itu berhak keatas engkau yang memberi segala nikmat ke atas seluruh makhluk di muka bumi. Burung adalah sejenis haiwan yang mempunyai bulu dan sayap serta tergolong dalam kelompok haiwan bertulangbelakang. Ya Razzaq yang memberi rezeki kepada burung sebagai makanan bukan saja untuk dirinya tetapi juga untuk anak-anaknya. Oleh itu, Ya Adl Allah Yang Maha Adil memberi rezeki kepada semua makhluk yang berusaha tanpa jemu disamping memohon kesyukuran di atas nikmat tersebut. Ya Jalil Allah Yang Maha Sempurna kebesaran dicurahkan rezeki dimerata pelusuk alam supaya menyenangkan makhluk mencari rezeki. Ya Barr Allah Yang Maha Dermawan, oleh itu setiap makhluk diberi tanggungjawab utuk mendapatkan rezeki dengan berusaha bersungguh-sungguh seperti mana haiwan burung yang mencari rezeki.Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid ........
Jawapan 45: Burung di tepi rumah
Allahumma Ya Baari', Engkaulah Sebaik baik Pengatur, AturanMu Sungguh Sempurna, Allahumma Ya Waajid, Engkau Pertemukan Kami Dengan Burung, singgah dan hadir ditepi rumahku.
Allahumma Ya Salaam.. Biiznillah.. Rumahku mungkin sejuk sesejuk angin nan nyaman, menyebabkan 5 ekor burung menumpang bertelur dan menetas di tepi rumahku
Allahumma Ya Kholiq, Allahumma Ya Musowwiir, ciptaan sarang burung sangat kreatif, dengan rumput rampai dan plastik engkau burung, binakan sendiri di depan rumahku
Allahumma Ya Rozzaaq izinkan burung memakan ulat dan cacing pemberian Mu melalui ibunya yang dimasukkan rasa sayang olehMu Ya Rahman ya Rohim.
Duhai burungku sayang, milik Ya Maalik, kini engkau sudah melalui pelbagai proses dam sudah menjadi anak burung. Duhai burung, engkau dijaga oleh Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin melalui ibu dan ayah burung sebegitu ketat tanda campakan kasih Allah Ya Rahmaan pada kalian.
Duhai burungku sayang, kalian sudah berubah menjadi anak yang agak matang. Sangat sedih situasi ini, burung kesayanganku ini akan meninggalkan aku untuk meneroka alam yang luas, bukti Allahumma Ya Waasi', Allah Yang Maha Luas dan jua melayari kehidupan yang indah bukti Allahumma Ya Badii', Allah Yang Maha Indah.
Selamat tinggal sayang. Allahumma Ya Hafidzh Ya Muhaimin saja yang akan memelihara kalian. Selamat Meneruskan Kehidupan Sebagai ciptaan Allah Ya Kholiq yg sentiasa bertasbih memuji2Nya. Selamat Tinggal Sayang.. Kenangan 5 ekor burung menumpang kasih di musim pkp.






No comments:
Post a Comment