Monday, 13 July 2020

Bicarahati memuji Allah dengan Asmaulhusna bhg 4

Assalamualaikum wbt, 

Di sini saya kongsikan bicarahati2 Asmaulhusna yang diilhamkan oleh Allah Ya 'Alim Ya Hakim Ya Rosyid bimbingan Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq.

Soalan untuk bicarahati ni ialah, pilih 1 objek atau kejadian ciptaan Ya Kholiq, dan bina bicarahati membesar2kan Allah Ya Kabir Ya Mutakabbir.

*Ya 'Afuww maafkan huruf kecil huruf besar yg tak sempat nak edit



Bicarahati 46: Pokok dan tumbuh-tumbuhan


Dengan namamu Ya Kholiq pencipta segala makhluk dan alam ini daku merafakkan kesyukuran Ya Shakur atas segala nikmat dan rezki yg dilimpahkan olehmu Ya Rozzaq. Penciptaanmu pada pokok mangga ini menunjukkan betapa kasih dan sayangmu Ya Rahman Ya Rahim pada hambamu yg hina dina ini Ya Kholiq. Ya Alim, Ya Hamid Ya Roshid kau ilhamkan pada diriku utk menanam pokok ini dan dengan daya yang kau berikan Ya Muhyi pokok ini tumbuh subur dengan izinmu Ya Quddus Ya Salam, kau turunkan hujan rahmat menyirami pokok ini Ya Fattah Ya Rozzaq. Dengan keizinanMu jua Ya Hayyu Ya Qayyum pokok ini berdiri megah dan subur Ya Aziz dan berbuah bagi memberi rezki pada kami hambamu utk makan dan bersedekah dgn rahmatMu Ya Baarik.Ya Musowwir Ya Muqsit,. Ya Barr...sesunggyhnya kau Maha Baik Ya Allah......melindungi kami dan pokok ini Ya Muhaimin dari rebah dan kau maha mengatur Ya Baarik akan bila pokok ini akan berbuah dan bila pokok ini akan mati Ya Mumit Ya Awal Ya Alhir hanya kepadamulah kami berserah diri Ya Rahman YaRahim tuhan yang maha penyayang dan pemurah serta Tuhan sekelian alam Ya Kholiq. Allahhumma Ya Barr.....tidak terbalas akan kami hamba yg hina dina ini akan segala kebaikan dan kasihsayangmu oada kami yaHamid Ya Kareem Ya zaljalaliwalikram.


Bicarahati 47: Pokok-pokok


Subhanallah. Ya Allah Engkau zohirkan ciptaanMu Ya Kholiq Ya Baarik Ya Musowwir sempurna nya bentuk pokok pokok ini . Ya Muhyi sesungguhnya Engkau Ya Muhyi yang menghidupkan pokok pokok ini, menghijaukan alam ini dengan pokok pokok ini di uruskan oleh Ya Wakil Ya Baarik. Engkau Ya Aziz Ya Qawiy Ya Matin yang menguatkan dan meneguhkan pokok pokok ini .Engkau Ya Badi' yang mencantikan pokok pokok ini. HebatnyaMu Ya Allah Ya Kabir Ya Mutakabir Ya A'liy Ya Muta'ally Ya Adzim.


Bicarahati 48: Kucing

Coronavirus: Cat owners fear pets will make them sick - BBC News

Allahumma ya Rahman ya Rahim ya Waduud ya Sami' susungguhnya engkaulah zat yg maha pengasih maha pemurah maha penyanyang maha mengasihi lgi maha mendengar, dengarlh bicara hati hambamu disaat ini Allah..engkaulah yg selayaknya dipuja dn dipuji ya Hamid dgn kebesaranmu ya Kabir ya Mutakabbir dn ke agonganmu ya Azim..
ya Allah ya Baari' ya Hamid izinkn lidahku memuja dn memujimu dgn 99 nama sifat dn afaalmu yg mulia ya karim.. sebagaimana engkau menghidupkn kucing peliharaanku ini ya Allah hidupkn juga rohku ya Allah utk sentiasa memandanng wajahmu disebalik penciptaanmu di tujuh petala langit dn tujuh petala bumi ya Allah..
ya Allah ya Rahman ya Rahim ya jami' ya baaqi hubungkn rohku dgn mu agar rohku dpt berhubung dgnmu utk menerima pertunjukmu ya nur ya haadi ya haq dn ilmumu ya alim ya hakim ya rosyid dn kekalkn hubungan ini agarku dapat sentiasa berada atas jln yg benar sehingga akhir hayatku iaitu jln kekasih2mu.
ya waduud kurniaknku secebis cintamu agar daku dpt masuk kedalam kamar cintamu merasai kedekatan dgn mu ya qarib dn masukknlh daku kedalam pagar mukhlisin ya Allah ya waduud ya waduuud ya waduud..


Bicarahati 49: Unta di padang pasir


Ya Allah Ya Hamid, hanya Engkau lah yang layak dipuji, Ya Rahman Ya Rahim Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang pada hambaMu, di padang pasir yg tandus, kosong, kering, berdebu ini hambaMu masih ada kenderaan yg disediakan olehMu Ya Wahhab untuk sampai ke destinasi, Ya Salam Yang Menyelamatkan hambaMu dari sesat di padang pasir yg tandus, Ya Khaliq Yang Maha Mencipta unta yg dapat tahan dalam suasana kering kontang ini, Ya Wasi’ Yang Maha Luas yang memiliki banyak kemampuan, Engkau tidak dapat dilemahkan oleh sesuatu dan rahmatMu pada hambaMu tidak terhitung malah lebih luas dari padang pasir ini


Bicarahati 50: Gunung Kinabalu


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,sesungguhnya Engkaulah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang Engkau Ya Kholiq mencipta gunung ini agar kami hamba Mu yg kerdil ini sentiasa merasa merasa kehinaan .Engkaulah Ya Aliy Ya Mutaaliy yang maha tinggi dan maha meninggikan gunung ini.Tinggikanlah darjat kami disisi Mu dan kuatkan hati kami Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin untk sentiasa berada dilandasan yg benar Mu.Ya Allah Ya Jaami seperti mana Engkau mengumpulkan batu2 diatas Gunung ini...Engkau kumpulkan kmi agar sentiasa bersama2 dengan orng yg sentiasa ingt dan membesar2kan Mu Ya Allah.



Bicarahati 51: Sistem cakerawala

Outerspace wallpaper | Tag: Outer Space Wallpapers, Images, Photos ...

Marilah kita merenungi dan memandang wajah Allah pada alam cakerawala.Wajah Allah adalah nama,Sifat dan perbuatan.Tugas kita memuji muji dan membesar besarkan pencipta Ya Kholiq,Ya Barri, Ya Aziz.
Ya Allah Engkau layak dipuji kerana engkau Ya Waali,Ya Baari yang mengurus dan mengaturkan perjalanan 8 buah planet termasuk bumi yang kita pijak ini.Semua planet itu mengelilingi matahari.Sesungguhnya tiada sebuah planet pun yang kita cipta malaikan engkau Ya Kholiq. Setiap planet mempunyai ketumpatan tersendiri dan hanya bergerak di atas orbit masing masing dengan dayaMu Ya Qahhar ya Baari', akur dengan ketentuan mu Ya Allah.Allah hendak memberitahu kita wajib percaya kepada perkara ghaib ,adanya neraka,syurga,titian sirat dan banyak lagi ciptaan Allah
Semua diatur olehMu Ya Baari' Ya Quddus dengan begitu sempurna,tidak ada yang berlanggar antara satu sama lain.Jika planet ini berlanggar,kemungkinan akan masuk ke dalam planet Matahari,akan berlakulah kerosakan. Ya Allah kau aturlah dan bimbinglah kehidupan kami mengikut kehendak agendaMu. Begitulah kita jika kita merasa keresahan,kesulitan,itu tandanya kita telah melanggar perintah Allah.Kita juga mempunyai orbit tersendiri.Semoga Allah Ya Hafiz menjaga kita akan sentiasa mengikut orbit yang telah ditetapkan Allah
Ya Badik,engkau mencipta planet begitu cantik,jagalah akhlak kami secantik ciptaan Mu.Ya Latif,engkau jadikan antara planet tu dengan warna warna yang lembut,Ya Latif jadikan hati hati kami lembut apabila menerima teguran dari Mu dan apabila membaca ayat ayat Al Quran.


Bicarahati 52: Mata


Mata diciptakan oleh Allah Ya Khaliq, diberikan cahaya oleh Allah Ya Nuur untuk melihat keindahan alam yang terbentang luas dengan daya Allah Ya Basir, Ya Badi' dan Ya Waasi'. Dibukakan mata oleh Allah ya Fattah, dilapangkan oleh Ya Baasit, diberi rezeki oleh Ya Razzaq untuk mensyukuri ciptaan Allah Ya Syakur, Ya Khaliq, Ya Adzim.


Bicarahati 53: Bunga Orkid


Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..segala pujian bagi mu ya Allah. Ya Muhaimin yang memelihara seluruh alam ini, Ya Mutakabbir, Ya Khaliq , Ya Baari..maha pencipta, yang mencipta seluruh alam ini dengan ciptaanNya yang indah seperti bunga orkid, yang memberi keizinan kepada semua makhluk untuk dapat melihat dan menyentuh rupa unggu bunga orkid ..Ya Allah, Ya Mushawwir, Ya Muqtadir, tuhan yang berkuasa mencipta alam ini bagi seluruh makhluk ciptaanNya sebagai petunjuk kebesaran dan kemuliaan bahawa tiada tuhan selain Allah..Ya Dzul Jalaali Wal Ikraam , Ya Baaqii..Yang Maha Kekal.


Bicarahati 54: Kematian itu pasti,buat diriKu yang sering lupa.❤️ Qolbu..



Allahumma Ya Baari sesungguhNya engkau agendakan lidah dan hatiku untuk sentiasa mengingati kematiaanku Ya Robb. Allahumma Ya Aziz sesungguhNya engkau maha perkasakan,Ya Qowiy maha perkuatkan,Ya Matin maha perteguhkan jiwaku untuk sentiasa redho dan sabar dalam ujian kematiaanku Ya Robb. Allahumma Ya Alim sesungguhNya engkau maha berilmu kurniakanku, Ya Hakim kebijasanaanMu,Ya Roshid kepintaraanMu dan CahayaMu untuk menghadapi saat-saat kematianku Ya Robb. Allahumma Ya Affuw sesungguhNya engkau maha permaaf,kurniakanku kemaafanMu, Ya Ghaffar keampunanMu,Ya Tawwab terima taubatku dan bersihkan Ya Quddus jernihkan jiwaku daripada segala dosa- dosa dan kotoran syirik Ya Robb. Allahumma Ya Baasith sesungguhNya engkau maha melapangkan,Ya Waasi meluaskan kuburku dan kurniakanku pancaran cahayaMu Ya Nur dalam kuburku yang gelap gelita Ya Robb. Allahumma Ya Waddud sesungguhNya engkau maha mencintai,merindui,mengingati kurniakanku cintaMu kepadaKu ketika saat kematiaanku Ya Robb. Allahumma Ya Kareem sesungguhNya engkau sungguh mulia,kurniakanku ketika di saat nyawaku di halqum izinkanku mengucapkan kalimah"Laailahailallah" Ya Robb. Tiada yang wujud melainkan DzatMu Ya Robb. Aamin Ya Sami YaMujib.. 🌿🌸🌿🌸🌿🌸🌿🌸🌿


Bicarahati 55: Pantai dan laut


Allahumma Ya Hamid Ya Majid Engkau lah yang layak dipuji dan dipuja sekalian hamba-hambaMu atas penciptaan alam ini untuk manusia. Dengan melihat keindahan pantai ini Ya Khaliq Ya Badi, Engkau Ya Zahir yang menampakkan kebesaran Mu Keagungan Mu Ya Kabir Ya 'Azim dengan tenangnya air laut ini dengan penuh kebiruan Ya latif agar hambaMu ini Ya Razzaq mensyukuri nikmat yang ada di dalamnya.

Ya 'Alim Ya Batin hanya Engkau yang mengetahui apa yang ada di dasar laut Mu itu agar manusia meneroka dan mengkaji ciptaan Mu Ya Allah Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari' dan seterusnya memikirkan akan penciptaan alam langit dan bumi ini untuk mengenal Mu Ya Allah. Ya Allah Ya Hamid Ya Baseer Ya 'Alim Engkau ingin sekalian hambaMu memandang keindahan pantai ini dengan pandangan makrifat agar tampaklah Nama dan sifatMu Ya Allah namun matahati roh hambaMu ini hanya melihat yang zahir sahaja maka Engkau Ya Aziz Ya Muntaqim Ya Dhorru menyeru air laut itu bertukar menjadi tsunami menimpakan ke atas manusia sebagai bala bencana agar hambaMu Ya Qahhar tunduk insaf dan kembali bertaubat kepada Mu, Benarlah firmanMu di dalam al quran Itu Ya Allah Engkau memberi perumpamaan kepada manusia yang tidak mendapat cahaya petunjuk seumpama berada di dasar lautan yang gelap gelita maka Ya Allah Ya Nur Ya Hadi Ya Haq daku memohon terangilah matahati roh ku ini agar sentiasa berada dalam kebenaran Ya Rahman Ya Rahim Ya Baaqi'.


Bicarahati 56: Hidupan dalam akuarium


Ya Allah Ya Kholiq Yang Maha Pencipta segala jenis makhluk termasuk hidupan dalam akuarium ini, daku memohon padaMu Ya Razzaq Ya Rahman Ya Rahim, tiupkan roh dalam rahimku agar dapat daku merasai kehidupan sebagai seorang ibu pada zuriat keturunan daku. Sebagaimana indahnya kehidupan ciptaanMu dalam akuarium ini, Ya Allah Ya Badi', Engkau indahkan juga hati & akhlak daku, pasangan daku, zuriat keturunan daku & seluruh mukminin & mukminat Ya Salam Yang Maha Memberi Ketenangan, tenangkan hati & akal fikiran daku sebagaimana Engkau ciptakan ketenangan dalam akuarium ini.



Bicarahati 57: Gambaran alam


Allahumma ya Kholiq ya malik sesungguhnye engkau pencipta dan pemilik bukit bukau gunung ganang awan dan semua bangunan di dunia ini engkau ciptakan semua ini adalah untuk ku memuji memuja mu sememangnya engkau lah ya Hamid layak di puji maha hebat nya engkau ya Azdim.


Bicarahati 58: Perniagaan

Allahumma Ya Razzaq Ya Ghoniy Ya Mughni, Engkaulah pemilik seluruh perniagaan, semua kekayaan adalah milik mutlakMu. Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari', daku serahkan perniagaan yang Engkau amanahkan kepadaku, kembali kepadaMu untuk diuruskan, tadbir dan aturkan. Ya Fattah Ya Barr Ya Karim, pinjamkan daku sifat DermawanMu untuk sentiasa bersedekah harta, zakat dan tenaga untuk ummah.


Bicarahati 59: Bunga


Ya Allah Ya Kholiq Ya Badi' Engkaulah pencipta bunga yang cantik ini. Sebagaimana cantiknya bunga ini, Kau cantikkanlah budi pekerti dan kelakuanku, anak-anakku dan seluruh Umat Manusia.


Bicarahati 60: Suasana alam

Allahuma ya rahman ya rahim ya wadud,dgn kasih syg mu ya allah..aku dpt bnafas di bumi mu ya allah.terima kasih ya allah yg bariq dgn jln hidup yg ko berikn kpd ku.kerana suma kerja yg ku lakukan..adalah suma yg menampak kebesaran ya mutakabir.yaallah ya kholiq ya maha menciptakn alam bumi yg sgt indah ya musowwir dgn kretiviti mu ya allah semua makhluk mu merasai keindahan alam ciptaan mu ya allah.mendapat rezeki ya rozzaq dr muka bumi ini..semua dtg nya dr mu ya allah.ya allah ya muhyi dgn kehidupan yg ko berikn kpd haiwan,tumbuhan,manusia terutamanya...sungguh indah dan lembut ya latiff ya allah.bertapa besar mu ya allah ...menciptakn manusia.btapa indahnya proses kelahiran bayi..bcahaya ya nur muka bayi yg baru di lahirkn ya allah.terima kasih allah dgn apa yg ko berikn.terutama sekali sifat ya rahman ya rahim ya wadud kpd setiap hati manusia.supaya bkasih syg sesama manusia.terima kasih ya allah ya rozaq dgn rezeki ko berikn kpd kami utk hidup di muka bumi ini dgn sempurna,x kira dr segala segi.berapa hutang kami kpd mu ya allah.x tkira.sedarkn kami ya allah.allahmu ya bariq aku terima dan aku redho dgn ketentuan.mu ya allah.terima kasih ya allah ya rahman kurnian kn ku seorg anak autisme.krn hadiah yg ko berikn kpd ku sgt bharga ya allah.terima kadih ya allah sesungguhnya ko ya waliyy..sgt melindungi anak syurga ku.amin.terima kasih ya allah..tiada kekuatan dlm diri ku..jika aku x myebut nama mu dlm sehari.terima kasih allah ya wadud.

No comments:

Post a Comment