Friday, 17 July 2020

Bicarahati memuji Allah dgn 99 Asmaulhusna bhg 8

Assalamualaikum wbt, 

Di sini saya kongsikan bicarahati2 Asmaulhusna yang diilhamkan oleh Allah Ya 'Alim Ya Hakim Ya Rosyid bimbingan Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq.

*Ya 'Afuww maafkan huruf kecil huruf besar yg tak sempat nak edit




Bicarahati 106:  Bunga



Bicarahati 107: Ujian sakit (penyucian dari Ya Quddus Ya Jalil)

Seminggu yg lepas aku telah diuji oleh Allah Ya Qadir Ya Barik. Aku mendapat tekanan darah yg tinggi ya Muqtadir ya Kabir ..ketika itu aku  teramat lemah dan pening ..Alhamdulillah dgn berkat kasih sayang Mu ya Rahman Ya Rahim anak2 ku  cepat bertindah Ya Barik Ya Fattah Ya Wahhab ya Waduud membawa ku ke Bhg.Emergency Di Hospital Tawakkal KPJ Kuala Lumpur.Disana aku dirawat oleh doktor yg bagus dgn limpah kurnia ilmu Mu Ya Allah Ya 'Alim Ya Fattah Ya Wahhab Ya 'Azim.Ya Hafiz .Ya Nur Ya Hadi..

selepas beberapa hari tekanan BP ku mula menurun dan seterusnya stabil . Ya Allah aku bersyukur kpd Mu Ya Salam Ya Shakur Ya Allah Ya Barr Ya Muhaimin Ya Rashid Ya Wakil Ya Mui'd memberi kesihatan dan kesejahteraan kpd Ku Ya Salam .

Alhamdulillah selama seminggu aku disana ..aku mendapat rawatan yg baik Dari Doktor dan jururawat2 Ya Shakur ya Wahhab ya Barik  ya Rahman Ya Rahim  Ya Barr ya Razzak Ya Latif. aku hamba Mu yg hina ini akan sentiasa mengabdikan diri ku kpd Mu Ya Allah Ya Ahad Ya Wahid Ya 'Ali Ya Mut'ali Ya kabir Ya Mutabir..semoga segala doa2 dan munajat 
ku diperkenankan oleh Mu   Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Malikul Mulk Ya Dzal Jalaali WalIkram.Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Robbal'aalamiin 


Bicarahati 108: Kapal layar


Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Kabir,Ya Jalil Ya Karim
Allah Maha Besar, Allah Maha Sempurna Kebesaran nya dn Allah Maha Mulia dan Maha Agong Ya Adzim.

Sesungguhnya Allah Ya Kholiq lah Pencipta segala sesuatu di alam buana ni.Allah Ya Musowwir lah yg mereka bentuk lautan ini dengan kreatif dngn kreativitiNya.

Ya Hakim, Ya Waasi, Ya Badi dngn kebijaksanaan Nya diluasknNya lautan ini dengan cantik lagi indah.

Ya Naafi Ya Rozzaq.lautan ini amat bermanfaat kepada nelayan untuk mencari rezeki yg halal.Ya Muhyi untuk meneruskan kehidupan mereka.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Waasi Ya Rozzaq,begitu lah kasih sayang Allah kepada hambanya di luaskn rezeki mereka.

Ya Malik Ya Haq semua nya milik Allah yang benar.

Allah Ya Muqit lah yg mencukupi untuk menampung keperluan kita sebenarnya.


Bicarahati 109: Alam di lautan



Bicarahati 110: Bunga


Sempurnanya Engkau Ya Kholiq'  menciptakan bunga bunga ini  Ya Baari Ya Musowwir dalam pelbagai bentuk saiz dan warna sehingga tiada manusia mampu menciptanya.. Bunga bunga ini di uruskan oleh mu Ya'Baari Ya Qowiy setiap saat malam dan siang bertasbih memuja muja nama mu seperti mana engkau jadikan bunga ini memuja muja mu Ya Adzim jadikanla aku hamba yg memuja muja mu juga

YA Allah Ya Muhyi yang maha menghidupkan bunga bunga ini..degupkan jantung ku  lidahku dan roh ku sentiasa memuja muja mu Ya Baari ya Hameed

Engkaulah yang Maha Cantik.. Ya Baadi'seluruh bunga bunga ini kejadian cantiknya milikmu.. Bagaimana Engkau memberikan kecantikan bunga bunga ini berikan kecantikan budi pekerti ku  sebagaimana cantiknya budi pekerti Rasululah saw yang sentiasa dipenuhi dengan kasih SayangMu Ya Rahman Ya Rahim ♥️


Bicarahati 111: Gunung Kinabalu

Laluan pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula Sabtu ini | Astro Awani

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma Yaa Aziz, Ya Qowiy Ya Matin, yang memberi kekuatan pada gunung supaya tidak runtuh. 

Ya Allah Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin, berilah kami kekuatan untuk beribadah kepada Mu.


Bicarahati 112: Suasana fajar hari di masjid



Bicarahati 113: Air



Bicarahati 114: Al-Quran


"Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Baari' Engkau yg menggerakkn aku memilih Al-Quran sbg tugasan ini..Engkaulah Yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang yg mengetahui akn keadaanku skrg ini yg kini amat memerlukanMu Ya Allah..dan Engkau jugalah yg telah menggerakkn aku membuka Surah An-Nisa..Ya Baari' Ya Fattah Ya Hadi dan memberi petunjuk serta hidayah dgn ayat 105, bahawa sesungguhnya Al-Quran telah di turunkn kpd Nabi Muhammad SAW yg membawa kebenaran Ya Qhaffar Ya Affuw..di ayat 106, Sesungguhnya Engkaulah Yg Maha Pengampun Wahai Allah Ya Rahman Ya Rahim yg menjadikn Al-Quran sbg petunjuk dan panduan serta rujukan kepada hamba-hambaNya..hanya pada Mu Ya Allah tempat aku bergantung Allah Ya Somad krn kami tiada daya dan upaya selain Mu Ya Maliq..Laa hawla walaa quwwatq illa billah..Allahuakbar!


Bicarahati 115: Alam semesta


Ya Allah Ya Nuur, engkau Ya Nuur yg memancarkan cahaya dgn engkau Ya Kholiq mencipta matahari...Engkau Ya Muhyi yang menghidupkan tumbuhan dan haiwan...

Ya Allah Ya Mukmin engkaulah yang menjaga alam semesta ini dari bencana sesungguhnya engkau Maha pengasih Ya Rahman dgn menurunkan hujan dan Engkau yang Rozaq yang memberikan rezeki dari pelbagai sumber..

Ya Allah Ya Naafi' yang memberi manfaat kepada sekelian alam dan semua makhlukmu dengan menghasilkan vitamin dan zat dgn Engkau Ya Kholiq yang menciptakan matahari..


Bicarahati 116: Ujian dalam perkahwinan

Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Rosyid 
Segala puji bg Allah,Engkau yang memberi ilham kpd kami dlm mencari ilmu makrifatMu. Ya Syakur kami bersyukur kpdMu..Engkaulah Ya Kholiq yang Maha Menciptakan daya ingatan kpd kami supaya terus berserah diri kpdMu..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Baa'ri ...sesungguhnya Ujian hidup dlm perkahwinan dan jodoh adalah ketentuan drMu.Engkaulah Ya Baa'ri Yang Maha Mengatur bahtera rumahtangga kami dan anak2 kami.Ya Allah sesungguhnya ujian rumahtangga yang kami alami adalah tanda kasih sayang drMu.Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, Engkau peliharalah dan jagalah rumahtangga kami dan anak2 kami.Engkau jagalah anak2 kami semasa mereka tiada dibawah pengawasan kami.Engkaulah Ya Waliy Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin tiada daya yang dapat memberi kekuatan kpd kami selain drMu.Ya Allah Ya Affur Ya Ghofur ampunilah dosa2 kami.


Bicarahati 117: Pemandangan sawah padi


Tiada yg memiliki alam ini melainkanMu Ya Malik . CiptaanMu cukup sempurna Ya Quddus .Sawah padi yg luas trbentng adalah ciptaanMu Ya Kholiq .Tiada yg kreatif melainkanMu Ya Musowir sehingga kami trpaku dgn keindahan sawah padi yg menghijau .

Engkau lah Ya Kabir yg maha bsr dan layak dibsr2 kan .Tiada yg meluaskan hanya engkau
 Ya Waasi.Luasnya sawah padi sejauh mata memandang .

Pokok padi yg menghijau begitu cntik Ya Baadi .SesungguhNya engkau Ya Malikulmulk yg memiliki 7 petala langit dan bumi .Apa yg ada diatas dunia ini adalah ciptaanMu yg sngt sempurna dgn kebesaran , kemuliaan dan keagongan Ya Zaljalaliwal ikram .


Bicarahati 118: Pokok


Hebatnya kekuasaanMu Allah Ya Muhyi mencambahkan benih, menumbuhkan anak pokok sehingga menjadi pokok yg besar dan tinggi Ya Kabir Ya Aliy, yang kukuh dan kuat akarnya sehingga mencengkam ke dlm tanah Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin. 
Kurniakanlah kami kekuatan tauhid kepadaMu Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad. Engkau juga menghidupkan pokok ini walau tiada siapa meminta dariMu. Dengan pokok ini, Engkau Ya Muhyi memberi oksigen kpd kami untuk kami terus bernafas. 

Ya Allah Ya Muhyi terima kasih kerana terus menghidupkan roh kami untuk sentiasa mendekatiMu.
Jadikan kami hambaMu yg sentiasa mengiktirafMu Ya Muhyi sebagai satu2nya yg menghidupkan, tiada yg boleh menghidupkan melainkanMu.

Sebagaimana Allah Ya Mummit yang maha mematikan, berkuasa mematikan sebahagian daripada pokok hidup ini,
Matikanlah juga segala sifat2 keakuan dan kemakhlukan yg ada dlm diri kami agar kami hanya memandang Nama, Sifat dan Af'alMu sentiasa.
Tiada yang menghidupkan melainkanMu Ya Muhyi dan tiada yang mematikan melainkanMu Ya Mummit..
Sebagaimana pokok yg dihidupkan olehMu ini, hidupkanlah roh kami sentiasa agar selalu mengingatiMu dan ingatkan kami juga kepada kematian kami sentiasa sebagaimana sebahagian pokok yang dimatikan ini.

Aamiin Ya Rabbal'alamin..Ya Mujib Ya Sami'🤲


Bicarahati 119: HIKMAH DAN PENGAJARAN PERISTIWA COVID 19

Manusia diuji oleh Allah Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir dengan penularan wabak COVID19 di seluruh dunia. Urusan ekonomi dunia terputus tiba-tiba dengan kehendakMu Ya Bariq Ya Qodir Ya Muktadir. Ketakutan melanda diri ini ketika melihat tiada jalan yang boleh dituju untuk melarikan diri dari musibah ini. Memandangkan masalah ini dialami oleh semua penduduk dunia. Atas hikmah yang diberikan oleh Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Alim Ya Khabir dapur yang sudah lama tidak berasap kembali rancak memberi bakti kepada keluarga. Seketika dapat merasa duduk di rumah bagai orang yang telah bersara. Namun bila mula dikhabarkan banyak perniagaan terpaksa ditutup, ramai yang kehilangan pekerjaan, hati disuntik rasa kerisauan. Ya Hakam Ya Azim Ya Ghafur waktu ini bila majikan mengarahkan untuk bekerja dari rumah dan perlu datang ke pejabat secara berperingkat, hati lega bukan kepalang. Barulah terbit rasa berbunga dihati ini setelah lama tidak ke pejabat. Barulah sedar betapa pentingnya kerja ini kerana sebelum ini hanya separuh hati diletakkan pada tugas yang digalaskan. Allahurabbi Ya Ghafur Ya Muqit Ya Jalil Ya Mujib baru sedikit Kau menjentik dugaan untuk kami yang berada di Malaysia ini.


Bicarahati 120: Bunga

Flower Garden Desktop Wallpapers - Top Free Flower Garden Desktop ...

Allahumma Ya Badi' yang Maha Cantik yang mencantikkan bunga-bunga ini, cantikkanlah akhlak dan budi pekerti kami terhadapMu agar kami sentiasa mengabdi diri kepadaMu.
Ya Allah Ya Baari' Ya Badi', aturkanlah lidah kami dengan tuturkata yang cantik dan aturkanlah hidup kami untuk sentiasa sujud di pagi hari sambil memujiMu dengan Nama-NamaMu dan sentiasa memohon keampunan dan taubat kepadaMu Ya Ghaffar Ya Tawwab.
Bunga ini dan setiap satu kelopak bunga ini bertasbih memujiMu Ya Fattah Ya Waasi' Ya Baasith yang sedang membuka, meluaskan dan melapangkan kelopaknya.
Lapangkan segala kesulitan dan permasalahan dalam kehidupan kami.
Engkau Ya Kholiq Musowir Ya Baari' Ya Naafi' yang Maha Pencipta, Kreatif, mengatur dan bermanfaat, telah mencipta bunga ini dan merekabentuknya dengan kreatif,cantik dan memberi manfaat oksigen utk kami bernafas.
Kurniakanlah kami daya kreativitiMu untuk mengurus   masa kami mengikut caraMu agar setiap masa dimanfaatkan sebaiknya untuk kebaikan diri kami, ummah dan AgamaMu.

Tiada siapa yang mampu menghidupkan dan membuka kelopak bunga ini melainkanMu Ya Muhyi Ya Hayyu Ya Qayyum yang menguruskannya dengan sendiri.
Engkau juga Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari', mengurus dan mentadbir bunga-bunga ini dan 7 petala langit dan bumi. Kami menyerahkan segala urusan kehidupan kami di bawah aturanMu yang cukup sempurna dan jadikanlah kami semua abdiMu dan khalifahMu yang sejati.

Allahumma Ya Salam Ya Mukmin Ya Wadud yang Maha Sejahtera, mengamankan dan Pencinta , engkau alirkan perasaan tenang dan damai ke dalam hati kami apabila melihat bunga-bunga ini sehingga membuahkan rasa cinta ke dalam hati kami untuk berzikir membesarkanMu. Kami  merintih dan merayu kepadaMu Allah Ya Wadud, masukkan secebis rasa cinta dan rindu ketika kami mendekatkan diri kepadaMu dalam ibadah kami dan memberi semangat kepada kami untuk berbakti kepada ummah.

Allahumma Ya Nur Ya Hadi Ya Haq, sepertimana Allah memancarkan cahaya matahari pada bunga2 ini dan meluruskan lorong jalan di taman bunga ini, pancarilah cahaya keimananMu ke dalam hati kami dan luruskanlah juga niat kami supaya sentiasa mentauhidkanMu Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad. Sentiasalah membimbing kami utk berada di atas jalan kebenaranMu dan pancarilah cahaya makrifat dan cahaya tauhid ke dalam roh kami yang dalam kegelapan selama ini.

Aamiin Ya Mujib Ya Sami'.