Wednesday, 20 April 2016

How to ENJOY life?



Assalamualaikum,


HIDUP - KEHIDUPAN - PENGHIDUPAN - DIHIDUPKAN


What is the purpose of all these?

Apakah tujuan kita hidup? Diberi kehidupan? Penghidupan sehingga saat ini? Dihidupkan daripada tidak hidup?

Some people say, "enjoy your life" "life doesn't rewind, enjoy it while you can" "hidup ini hanya sekali, nikmatilah ia"...


What does ENJOY really means?


Sebelum menjawab soalan tersebut, mari kita renung sejenak keadaan dunia sekarang. Tutup mata, cuba mengembara ke surat khabar. Apakah tajuk yang kita nampak? Rasuah | Rogol | Penipuan | Skandal | Sihir | Penculikan | Pembunuhan | Bunuh diri | Penderaan | Peperangan | Penyembelihan | dan berbagai lagi.


Situasi di atas merupakan 'buah' kepada interpretasi kita [yang salah] tentang ENJOY your life. 

Ahli politik ENJOY berasuah.
Perogol ENJOY merogol.
Penipu ENJOY menipu.
Suami isteri ENJOY dengan skandal.
Bomoh dan pendengki ENJOY mensihir orang.
Penculik ENJOY menculik.
Pembunuh ENJOY membunuh.
Pendera ENJOY mendera.
Musuh ENJOY peperangan dan membunuh bukan-tentera.
Pembenci agama ENJOY menyembelih manusia

Ternyata, perkataan ENJOY itu masih belum diketatkan kemas-kemas berdasarkan kalam Allah, ketetapan Allah Ya Hakam yang diberitahukan di dalam Al Quran. Sedangkan,


"Al Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini." (Al-Jatsiyah: 20). 


Ketetapan Allah di dalam AlQuran dan cara hidup Rasulullah saw ialah, HIDUP ITU PENGORBANAN.


"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7) -ayat ini menerangkan ketetapan Allah kepada cara hidup yang ideal.


Hidup untuk berkorban TENAGA membantu orang yang memerlukan bantuan fizikal.

Hidup untuk berkorban WANG RINGGIT menghulurkan kepada fakir miskin.
Hidup untuk berkorban MASA dilapangkan kepada keluarga, sahabat yang memerlukan pertolongan.
Hidup untuk berkorban RUANG memberi kelapangan kepada yang kesempitan.
Hidup untuk berkorban MINDA menyampaikan dan terus menyampaikan ilmu yang dikurniakan Allah.
Hidup untuk berkorban NAFSU tidak menuntut sebarang tuntutan daripada makhluk kerana Allah Ya Syakur sehebat-hebat pemberi penghargaan.
Hidup untuk berkorban HARTA meminjamkan ke jalan agama ketika perlu.
Hidup untuk berkorban NAFAS, DARAH, PELUH, FIKIRAN, HATI, semua untuk ummah.

Maka tertegaklah lafaz "Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin." di dalam hati kita. Yang ternyata, lafaz di HATI lah yang akan diambil kira oleh Allah di akhirat kelak.


Hidup untuk Allah, hidup untuk agenda Allah, hidup untuk membangunkan ummah.

Hidup bukan untuk keuntungan peribadi, hidup bukan untuk kepentingan sendiri, hidup bukan untuk mengumpul kemewahan sendiri, hidup bukan untuk memuaskan nafsu sendiri, hidup bukan untuk membina kemasyhuran sendiri atau organisasi. 

HIDUP HANYA UNTUK ALLAH. HIDUP UNTUK AGENDA YA BAARI'. HIDUP UNTUK MEMBESARKAN ALLAH.


Apabila roh kita dapat hidup dalam agenda Ya Baari', maka tercapailah ENJOY yang hakiki.


Roh sangat enjoy hidup bersama Allah. 
Roh sangat enjoy hidup dalam beribadah kepada Allah. 
Roh sangat enjoy setiap saatnya tunduk kepada Allah. 
Roh sangat enjoy hidupnya bergelumang dengan Allah, Allah, Allah. 
Roh sangat enjoy tidak ditekan oleh nafsu. 
Roh sangat enjoy tidak membawa beban cinta dunia. 
Roh sangat enjoy bebas daripada bebanan dunia yang menjadi modal kepada syaitan untuk melemahkan roh.
Roh sangat enjoy dapat mengikut jalan Rasulullah saw.
Roh sangat enjoy bergerak di atas orbit yang benar iaitu Islam, Iman dan Ihsan.

Damailah roh di dunia lagi...


Bicarahati mohon roh yang ENJOY di dunia dan akhirat:


"Allahumma Ya Baari', daku menyerahkan seluruh jiwa ragaku untuk agendaMu. Jadikan daku abdiMu sejati. Daku ingin hidup hanya untuk agendaMu. Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungiku daripada agenda peribadiku yang seringkali agenda ini dipimpin oleh nafsu dan syaitan. Aturkan hidupku Allah agar daku terus berpijak di atas jalan ke syurgaMu, orbit yang telah Kau tetapkan buatku."


Amin.

1 comment:

  1. Perkongsian yg baik...mohon kongsi dgn yg rakan2 ye...

    ReplyDelete