Friday, 17 June 2016

Tips Ibubapa cemerlang

Sifat Hamba 1: Pergantungan hanya pada Allah ya Somad



"Katakanlah Allah itu Esa. Allah lah tempat kamu bergantung." (Al-Ikhlas: 1-2)
Pengajaran Allah: bimbinglah anakmu untuk mengesakan Allah. bimbinglah anakmu untuk hanya bergantung kepada Allah.
Mari baca doa bicarahati ini sebelum meneruskan pembacaan:
ALLAHUMMA YA FATTAH, bukakan hatiku seluas-luasnya agar daku dapat menerima ilmuMU yang luas kerana fikiran yg sempit tdk dpt menampung ilmuMU yg luas.
ALLAHUMMA YA 'ALIM YA HAKIM YA RASHID, berikanku kefahaman, ilmuMU membaca posting ini.
ALLAHUMMA YA NUR YA HADI YA HAQ, pancarkan cahaya petunjuk kebenaranMU ke dalam hatiku.
Baik, kita teruskan.
Contoh situasi biasa berlaku antara ibubapa dan anak:
-anak minta permainan, gadget, makanan, aiskrim, melancong..lalu ibu/bapa akan menjawab:
"adik kumpul dulu duit, dah cukup nnt kita beli." atau
"tunggu ibu dapat gaji nnt kita beli" atau
"tunggu cuti sekolah nnt kita pergi" atau
"tanya baba, boleh tak adik nak beli"
situasi yg jarang berlaku ialah...
"adik minta dgn Allah ya Razzaq utk berikan adik mainan"
"adik minta dgn Allah ya Baari' utk aturkn percutian utk adik"
"adik beritahu Allah ya Sami' ya Mujib, nnt Allah akan uruskan utk adik"
Bezanya kedua-dua jenis jawapan ini membezakan prinsip hidup anak2 samada mengiyakan surah Al-Ikhlas atau sebaliknya. Iaitu samada meletakkan pergantungan hanya kpd Allah atau ada kebergantungan kpd makhluk. Ia memang tidak dinyatakan ibubapa secara direct, tetapi setiap ayat kita melambangkan prinsip yg kita ajar kepadanya. Prinsip dibina sedikit demi sedikit daripada asas sehingga menjadi menara. Anak akan terus berpegang kepada prinsip ini yg diasuh dari kecil selagi mana tidak diruntuhkan dan diganti dengan prinsip yg benar iaitu yg datangnya daripada Allah ya Haq yg Maha Benar.
___
"adik kumpul dulu duit, dah cukup nnt kita beli." atau "tunggu ibu dapat gaji nnt kita beli"
Ayat di atas membawa prinsip bahawa duit segalanya. Anak sedang diajar "duit boleh mengatur agenda hidupmu wahai anak", "anakku, ingatlah bahawa hanya duit dapat mengabulkan apa yg kamu inginkan wahai anakku".
Anak mengambil kata-kata itu dan install ke hati dgn prinsip2 berikut:
- Duit itulah Tuhanku, dia yg boleh beri aku apa yg aku hajatkan.
- Tiada yg lain yg boleh dapatkan apa yg aku hajati melainkan duit.
- Aku tak perlukan yg lain.
- Aku yakin duit lah penolongku.
- Aku tidak yakin yg lain boleh menolongku selain drpd duit.
- Aku perlu bergantung dengan duit.
- Duit sangat penting.
- Kasih sayang perlu dilimpahkan kpd duit, kerana duit mengasihiku dgn memberi pelbagai perkara dlm hidupku.
Inilah prinsip yg ditanam dlm jiwa mereka. Sekiranya berterusan, anak akan membesar mencintai duit, merasakan duit penting, mengejar duit. Maka susahlah utk mereka merasa hidup bersederhana, kehidupan terbina dgn sentiasa merasa kurang/tidak cukup.
"adik minta dgn Allah ya Razzaq utk berikan adik mainan"
Ayat di atas membawa prinsip bahawa Allah segalanya. Anak sedang diajar "Allah boleh memberi apa yg dihajatkan olehmu wahai anak." "tiada siapa lagi yg kamu boleh harapkan wahai anak, melainkan Allah semata-mata"
Anak mengambil kata-kata itu dan install ke hati dgn prinsip2:
- Allah itulah Tuhanku, Dia yg boleh beri aku apa yg aku hajatkan.
- Tiada yg lain yg boleh dapatkan apa yg aku hajati melainkan melalui Allah.
- Aku tak perlukan yg lain.
- Aku yakin Allah lah penolongku.
- Aku tidak yakin yg lain boleh menolongku selain drpd Allah.
- Aku perlu bergantung dengan Allah semata.
- Allah sangat penting.
- Kasih sayang perlu dilimpahkan kpd Allah, kerana Allah mengasihiku dgn memberi pelbagai perkara dlm hidupku.
Ibubapa yg saya kasihi sekalian...
Anak sudahpun berjanji dgn Allah "alastu birabbikum. balaa syahidna ya Allah" (Al-Aaraf: 172)
Allah bertanya, "Adakah aku ini Tuhanmu?!" sebelum anak tiba dlm rahim kita, mereka telah pun menjawab, "Ya benar ya Allah, Kau lah Tuhanku..."
Maka, kita ibubapa yg inginkan kecemerlangan anak, pastikan prinsip itu sentiasa berada dlm hati anak2. Sekiranya anak dibesarkan dengan meng-iya-kan pesanan Allah dlm surah al-Ikhlas, bermakna dia meng-iya-kan satu pertiga drpd AlQuran, satu pertiga itu masuk ke dlm jiwanya membentuk peribadinya, ibadahnya, prinsip hidupnya.
Tetapi sekiranya prinsip al-Ikhlas ditolak oleh jiwa anak kerana prinsip lain (salah) menggantikan tempat prinsip benar ini, maka secara dasarnya jiwa anak menolak sepertiga drpd AlQuran dan membentuk perwatakannya, cita-citanya, matlamatnya, cara hidupnya, ibadahnya, prinsip hidupnya.
Marilah, saya menyeru diri sendiri dan semua utk kita memohon kekuatan dan ilmu drpd Allah meluruskan prinsip dlm jiwa anak2 kita agar seiring dgn garisan dlm AlQuran...
Allahumma ya Wahid ya Ahad ya Somad, Kau Maha Esa, Maha Tunggal lagi Maha Diperlukan. Kurniakan kami sekeluarga tauhid yang kukuh hanya kepadaMu. Hanya Engkaulah penolong kami, penjamin kami, dan hanya kpd Engkaulah kami bergantung harap. Kami tidak punya daya ya Allah. Laa hawla walaa quwwata illa billah.
Allahumma ya 'Alim ya Hakim ya Rashid, kurniakanku dan pasanganku ilmu keibubapaan yang hakiki kerana Engkau Pakar segala ilmu termasuk ilmu keibubapaan. Kau lebih mengenali anak-anak kami berbanding kami sendiri.
----nantikan seminar keibubapaan berasaskan penghayatan Asmaul Husna----

Wednesday, 20 April 2016

How to ENJOY life?



Assalamualaikum,


HIDUP - KEHIDUPAN - PENGHIDUPAN - DIHIDUPKAN


What is the purpose of all these?

Apakah tujuan kita hidup? Diberi kehidupan? Penghidupan sehingga saat ini? Dihidupkan daripada tidak hidup?

Some people say, "enjoy your life" "life doesn't rewind, enjoy it while you can" "hidup ini hanya sekali, nikmatilah ia"...


What does ENJOY really means?


Sebelum menjawab soalan tersebut, mari kita renung sejenak keadaan dunia sekarang. Tutup mata, cuba mengembara ke surat khabar. Apakah tajuk yang kita nampak? Rasuah | Rogol | Penipuan | Skandal | Sihir | Penculikan | Pembunuhan | Bunuh diri | Penderaan | Peperangan | Penyembelihan | dan berbagai lagi.


Situasi di atas merupakan 'buah' kepada interpretasi kita [yang salah] tentang ENJOY your life. 

Ahli politik ENJOY berasuah.
Perogol ENJOY merogol.
Penipu ENJOY menipu.
Suami isteri ENJOY dengan skandal.
Bomoh dan pendengki ENJOY mensihir orang.
Penculik ENJOY menculik.
Pembunuh ENJOY membunuh.
Pendera ENJOY mendera.
Musuh ENJOY peperangan dan membunuh bukan-tentera.
Pembenci agama ENJOY menyembelih manusia

Ternyata, perkataan ENJOY itu masih belum diketatkan kemas-kemas berdasarkan kalam Allah, ketetapan Allah Ya Hakam yang diberitahukan di dalam Al Quran. Sedangkan,


"Al Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini." (Al-Jatsiyah: 20). 


Ketetapan Allah di dalam AlQuran dan cara hidup Rasulullah saw ialah, HIDUP ITU PENGORBANAN.


"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7) -ayat ini menerangkan ketetapan Allah kepada cara hidup yang ideal.


Hidup untuk berkorban TENAGA membantu orang yang memerlukan bantuan fizikal.

Hidup untuk berkorban WANG RINGGIT menghulurkan kepada fakir miskin.
Hidup untuk berkorban MASA dilapangkan kepada keluarga, sahabat yang memerlukan pertolongan.
Hidup untuk berkorban RUANG memberi kelapangan kepada yang kesempitan.
Hidup untuk berkorban MINDA menyampaikan dan terus menyampaikan ilmu yang dikurniakan Allah.
Hidup untuk berkorban NAFSU tidak menuntut sebarang tuntutan daripada makhluk kerana Allah Ya Syakur sehebat-hebat pemberi penghargaan.
Hidup untuk berkorban HARTA meminjamkan ke jalan agama ketika perlu.
Hidup untuk berkorban NAFAS, DARAH, PELUH, FIKIRAN, HATI, semua untuk ummah.

Maka tertegaklah lafaz "Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin." di dalam hati kita. Yang ternyata, lafaz di HATI lah yang akan diambil kira oleh Allah di akhirat kelak.


Hidup untuk Allah, hidup untuk agenda Allah, hidup untuk membangunkan ummah.

Hidup bukan untuk keuntungan peribadi, hidup bukan untuk kepentingan sendiri, hidup bukan untuk mengumpul kemewahan sendiri, hidup bukan untuk memuaskan nafsu sendiri, hidup bukan untuk membina kemasyhuran sendiri atau organisasi. 

HIDUP HANYA UNTUK ALLAH. HIDUP UNTUK AGENDA YA BAARI'. HIDUP UNTUK MEMBESARKAN ALLAH.


Apabila roh kita dapat hidup dalam agenda Ya Baari', maka tercapailah ENJOY yang hakiki.


Roh sangat enjoy hidup bersama Allah. 
Roh sangat enjoy hidup dalam beribadah kepada Allah. 
Roh sangat enjoy setiap saatnya tunduk kepada Allah. 
Roh sangat enjoy hidupnya bergelumang dengan Allah, Allah, Allah. 
Roh sangat enjoy tidak ditekan oleh nafsu. 
Roh sangat enjoy tidak membawa beban cinta dunia. 
Roh sangat enjoy bebas daripada bebanan dunia yang menjadi modal kepada syaitan untuk melemahkan roh.
Roh sangat enjoy dapat mengikut jalan Rasulullah saw.
Roh sangat enjoy bergerak di atas orbit yang benar iaitu Islam, Iman dan Ihsan.

Damailah roh di dunia lagi...


Bicarahati mohon roh yang ENJOY di dunia dan akhirat:


"Allahumma Ya Baari', daku menyerahkan seluruh jiwa ragaku untuk agendaMu. Jadikan daku abdiMu sejati. Daku ingin hidup hanya untuk agendaMu. Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungiku daripada agenda peribadiku yang seringkali agenda ini dipimpin oleh nafsu dan syaitan. Aturkan hidupku Allah agar daku terus berpijak di atas jalan ke syurgaMu, orbit yang telah Kau tetapkan buatku."


Amin.

Sunday, 17 April 2016

Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin

Assalamualaikum,

Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, Allah Yang Maha Menjaga dan Allah Yang Maha Memelihara. Kedua-dua nama seakan-akan sama maknanya jika dibaca selapis. Namun apabila digabungkang ketika dalam doa, ia membawa keyakinan yang jitu kepada Allah bahawa Dia PASTI akan menjaga apa saja yang kita minta dilindungkan.

Kebanyakan ibubapa cuba untuk menjaga anak-anak, maka inilah teknik terbaik untuk melindungi anak-anak. Serahkan anak kepada Allah Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari' Ya Hafiz Ya Muhaimin. Caranya zikir 5 nama tersebut 40x setiap pagi dan diiringi dengan bicarahati, "Ya Allah, aku serahkan anakku __nama__ kepadaMu yang Maha Mentadbir, Maha Mengurus, Maha Mengatur Agenda, Maha Menjaga dan Maha Memelihara. Sesungguhnya aku tidak berdaya menguruskan dan melindungi anakku."

Kenapa perlu serahkan anak kepada Allah pula? Bukankah Allah beri kita anak untuk KITA jaga? Bukankah anak tanggungjawab KITA?

Ibu-ibu, ayah-ayah sekalian...

Penyerahan itu di HATIMU bukan di gerak gerimu. Cuba perhatikan diagram di bawah:


Diagram di atas menerangkan konsep penyerahan di jiwa, jasad bergerak. Di dalam surah Ali-Imran ayat 35 & 36 ada menerangkan cara-cara kita perlu membuat penyerahan kepada Allah.

Ayat 35: Ketika isteri 'Imran berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Ayat 36: ".... Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk."

Ibu-ibu, ayah-ayah...

Apabila kita menyerahkan urusan anak kepada Allah, kita akan diberi energy yang cukup luar biasa dalam mendidik, membimbing, menjaga, menyayangi, memantau dan mengurus anak. Kerana Allah boleh memberi full energy kepada kita sebab kita lah khadam/khalifah Allah untuk menzahirkan sifat2 Allah kepada anak-anak.

Energy mendidik: Ya 'Alim Ya Hakim Ya Rashid
Energy membimbing: Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq
Energy menjaga: Ya Hafiz Ya Muhaimin
Energy menyayangi: Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami'
Energy memantau: Ya Khobir Ya Basir Ya Raqib
Energy mengurus: Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari'

Ingatlah, kitalah khalifah Allah kepada anak-anak, maka siapa lagi yang kita harapkan untuk menjalankan tugas kita sbg khalifah jika bukan Allah Ya Somad yang Maha Diperlukan. Laa hawla walaa quwwata illa billah.




Dalam melindungi anak-anak, yang paling utama yg harus dilindungi ialah hatinya iaitu iman dan aqidahnya. Maka, kepada Allahlah tempat kita mohon pertolongan kerana hanya Allah yang Melihat apa yang di dalam hatinya. Allah ya Malik saja yang boleh membolak-balikkan hati. Maka, setelah membuat penyerahan kepada Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Baari' memberi kita full energy sebagai ibubapa untuk menjalankan tugas-tugas di atas sebagai jawapan Allah kepada doa kita.

Tuesday, 12 April 2016

Doa bicarahati buat ibubapa yg diuji dgn anak sakit


Allahumma ya Rahman ya Rahim, Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kasih dan sayangMu tidak pernah bertepi buat kami. Kadang kala kami tidak mengerti akan sayangMu kepada kami Kau memberikan sakit kpd anak2 kami, anak2 sahabat2 kami. Sedangkan mereka hanya kanak2 yg masih fitrah hatinya. Ampuni kami ya Allah, kerana hijab antara kami denganMu, kami merasakan kasih sayangMu ini bala bencana buat kami. Kerana hijab antara kami dganMu, kami merasakan ujian ini sbg kesusahan buat kami.
Allahumma ya Rahman ya Rahim ya Sami', Kau tak pernah sekali kali ingin menyusahkan hamba2Mu apatah lagi menzalimi insan kecil yg masih belum punya dosa. Ujian kesakitan kpd anak2 ini adlh tanda Kau rindukan suara ibu dan bapanya merintih merayu kepadaMu. Merafak sembah kpdMu dgn sebenar sujud dn rukuk kpdMu. Allahumma ya Sami' ya Mujib, Kau menunggu di tepi setiap anak yg sakit itu utk mendengar permohonan, keinsafan, kenyatan kasih dn rindu kpdMu ya Allah. Kau tdk pernah menzalimi hambaMu. Kamilah yg sering menzalimi diri kami sendiri!
Allahumma ya Salaam ya Fattah, kurniakanlah kesembuhan kpd anak2 yg sdg sakit pd saat ini. Bukakan jalan penyembuhan utk penyakitnya. Ya Allah ya Qodir ya Muqtadir, kurniakan rasa redha kpd kedua ibu bapanya kpd kehendak dn taqdirMu ini. Ya Allah ya Sobur, kurniakan rasa sabar ke dlm jiwa mereka. Kuatkn jiwa mereka utk terus bertabah dn bersangka baik dgnMu ya 'Aziz ya Qowiy ya Matin.
Sesungguhnya dgn redha dn sabar, Kau menarik kedua ibubapanya hampir kepadaMu. Dengan redha dan sabar, Kau menyucikan kotoran2 di hati kedua ibubapanya.
Allahumma ya 'Affuw ya Ghoffar ya Tawwab, maafilah segala kesalahan kedua ibubapanya kepadaMu. Ampunilah segala dosa2 mereka kpdMu. Kami ini hamba yg dhaif sering melakukan dosa samada kami sedar atau tidak. Ya Allah, terimalah taubat mereka. Ya Allah ya Quddus ya Jalil, mandikan roh kedua ibubapa yg diuji dgn anak sakit ini dgn air penyucianMu agar hati mereka bersih dr kotoran2 yg menjadi hijab antara hamba dgnMu. Jadikanlah peristiwa ini ya Allah sbg asbab utk kami hampir kpdMu.
Ya Allah, bantulah kedua ibubapa yg diuji dgn anak yg sakit utk terus bersangka baik dgnMu. Sesungguhnya peristiwa ini adlh nikmat akhirat yg hanya dianugerahkan kpd insan2 pilihanMu. Ya Allah ya Fattah ya Razzaq ya Mu'iz, kurniakanlah syurgaMu tanpa hisab buat ibubapa ini yg terus redha, sabar dn kuat mengharungi ujian ini.
Ya Allah ya 'Aziz ya Qowiy ya Matin, kurniakan kekuatan jiwa kepada anak2 yg sedang diuji dgn sakit. Kurniakan ketenangan kpd mereka ya Allah ya Salaam ya Mukmin.
Amin ya Rabbal 'Alamin...
-hadiahkan doa ini buat sahabat yg diuji dgn anak yg sakit
-sebarkan kpd sesiapa shj